Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Notis Tuntutan Harta Najib,...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan pihak pendakwaan mewartakan...

Bengkak Mata, Mulut Angkara...

PEKAN - Bayi berusia 11 bulan bengkak mulut selepas digigit semut charlie ketika...

Abdul Hadi Dakwa DAP...

PETALING JAYA : Pas mendakwa DAP bukan sahaja menyebarkan Islamofobia tetapi berterusan melemparkan...

Pembalakan Di Meropoh: Adnan...

KUANTAN - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini menyelar...

Reggae Masuk Senarai Warisan Budaya Dunia UNESCO

REGGAE, muzik terkenal sedunia yang dipopularkan melalui artis seperti Bob Marley, memenangi tempat sebagai warisan global yang dilindungi oleh UNESCO pada Khamis.

UNESCO, badan kebudayaan dan saintifik PBB menambah muzik berasal dari Jamaica itu kepada senarai warisan budaya yang bernilai untuk dilindungi dan dipromosi.

Muzik reggae dikatakan telah menyumbang kepada wacana antarabangsa tentang ketidakadilan, penentangan terhadap kuasa, cinta dan kemanusiaan, menjadikannya satu warisan sosio-budaya yang penting.

Muzik ini pada asalnya menjadi suara golongan tertindas tetapi kini telah menjadi kegemaran sedunia merentasi masyarakat pelbagai jantina, etnik dan agama, menurut UNESCO.

Jenis muzik ini disenarai bersama tradisi budaya lain yang termasuk gaya berkuda Sekolah Menunggang Kuda di Vienna, cara menjinak unta di Mongolia dan anak patung Czech, selain 300 lagi amalan tradisional meliputi cara membuat bot kepada memasak dan tarian.

Jamaica memohon muzik reggae dimasukkan dalam senarai UNESCO pada tahun ini, di mesyuarat agensi itu di Mauritius beberapa minggu lalu.


Reggae muncul pada lewat 1960-an daripada gabungan ska dan rocksteady Jamaica, selain menerima pengaruh jazz dan blues Amerika.

Muzik ini kemudian segera menjadi kegemaran ramai di Amerika Syarikat dan Britain, negara destinasi ramai keturunan Jamaica selepas Perang Dunia ke-2.

Muzik ini sering dilihat sebagai muzik golongan tertindas, dengan liriknya sering mengutarakan isu sosiopolitik. – Agensi

Kategori