Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Wujudnya Kumpulan Bantah Projek...

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berterima...

Taufan Sarika: Gangguan Perjalanan...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 20 penerbangan AirAsia ke Manila dan selatan China akan...

Rindu Ada Baby Di...

BINTANG realiti Kim Kardashian West dan Kanye West telah menggunakan khidmat ibu tumpang untuk...

Isteri Disahkan Hamil, ‘Lan...

TAHNIAH kami di Mynewshub ucapkan kepada pelakon yang terkenal menerusi watak Lan Todak,...

Remaja Gila Minum Air Rebusan Tuala Wanita?

JAKARTA – INDONESIA. Tabiat gila meminum air rebusan tuala wanita baru dikesan dalam kalangan remaja yang ingin mencari kepuasan di Jakarta.

Memetik Tempo, gejala ini dilihat semakin berleluasa kerana remaja memilih tuala wanita bukannya dadah untuk berkhayal.

Menurut portal itu, kaedahnya dengan merebus produk itu dan air rebusan itu diminum.

“Penagihan air rebusan tuala wanita itu dikesan di Jakarta, Bogor, Bekasi, Depok dan Tengerang,” katanya.

Pegawai Suruhanjaya Perlindungan Anak Indonesia Sitty Hikmawatty berkata, idea mencari kepuasan daripada air rebusan itu berasa dari rasa ingin tahu bagi sesetengah remaja.

“Sehinggakan, hasil penemuan kesan air itu tular dan diketahui oleh remaja lain.


“Mereka mencari bahan alternatif supaya mereka boleh berkhayal, tenang dan gembira,” katanya.

Katanya, barangan itu mudah diperoleh di pasaran dan dikatakan sukar untuk dibendung.

Awal tahun ini, penyelidik di Institut Teknologi Bandung Yessi Permana juga menzahirkan rasa terkejut apabila dimaklumkan mengenai kegemaran baharu remaja di negara itu.

“Isu mabuk saja yang dibimbangi pihak berkuasa tetapi dipercayai air rebusan itu mengandungi beberapa bahan kimia yang boleh memberi kesan kepada mata, atau butiran polimer penyerap cecair yang berbahaya jika dimasukkan ke badan,” katanya. – Sinar Harian Online

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

Kategori