Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tiga Polis Cedera Dilanggar...

MELAKA : Polis berjaya memberkas dua lelaki bersama beberapa peket lutsinar dipercayai dadah...

PRU15: Presiden MCA Pertahan...

BATU PAHAT : Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong disahkan memenangi kerusi...

Isu UPSR Bocor: Murid...

KUALA LUMPUR - Seorang murid lelaki penghidap dyslexia memfailkan saman terhadap pengarah Lembaga...

Cuti Umum 9 Mei...

PUTRAJAYA – Pengumuman cuti umum sempena hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-14...

Restoran Rojak Terkenal Kemaman Diarah Tutup

KEMAMAN – Sebuah restoran yang terkenal dengan keenakan nasi ayam dan rojak ayam di bandar Chukai di sini diarah tutup selama 14 hari berkuat kuasa semalam kerana didapati kotor oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman.

Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman, Dr. Mohd. Anuar Abd. Rahman berkata, pemeriksaan pasukan penguat kuasa pejabat kesihatan daerah mendapati tahap kebersihan premis terbabit tidak mencapai standard ditetapkan.

Beliau berkata, pemeriksaan pada peti sejuk beku yang digunakan untuk menyimpan barangan mentah mendapati ia berada dalam keadaan kotor, tidak diselenggara sebaiknya, suhu tidak mencukupi serta berlaku pencampuran antara bahan mentah dan telah dimasak.

“Kebersihan dapur premis makanan itu juga sangat tidak memuaskan dengan perangkap minyak didapati tidak diselenggara selain penemuan urungan lipas dan tikus di kawasan tersebut.

“Pekerja premis makanan itu juga didapati tidak melakukan suntikan anti typhiod dan memiliki sijil latihan pengendalian makanan serta gagal mematuhi peraturan pemakaian pengendali makanan,” katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mohd. Anuar menegaskan, restoran tersebut telah diarah tutup selama 14 hari bagi tujuan kerja-kerja pembersihan dan tindakan pembetulan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983. – K! ONLINE

Kategori