RAMALLAH – Kira-kira 1,000 penduduk Palestin yang ditembak tentera Israel ketika berbulan pertembungan sempadan mengalami jangkitan menjurus mereka cacat kekal, kata badan kebajikan MSF (Medecins Sans Frontieres) semalam, melabelnya sebagai ākecemasan penjagaan kesihatan bergerak perlahan.ā
Kira-kira 6,000 penduduk Palestin ditembak tentera Israel ketika demonstrasi ganas di sepanjang sempadan Gaza sejak Mac lalu, menurut Kementerian Kesihatan di semenanjung terkepung berkenaan.
MSF atau Doctors Without Borders yang menyediakan penjagaan kesihatan untuk ribuan penduduk Palestin sejak bantahan meletus berkata, sistem penjagaan kesihatan di Gaza dibanjiri sejumlah besar kes dan rawatan rumit diperlukan.
Kebanyakan mangsa cedera akibat tembakan hidup di kaki, mengakibatkan luka terbuka menjurus kepada jangkitan, kata MSF.
Manakala 1,000 yang mengalami jangkitan pada akhirnya menyebabkan mereka perlu memotong anggota terbabit atau berdepan kematian.
āBanyak pesakit perlu menuntut terlalu banyak sistem penjagaan kesihatan terbaik di dunia. Di Gaza, ia adalah satu tamparan menghancurkan,ā kata ketua MSF untuk wilayah Palestin, Marie-Elisabeth Ingres dalam satu kenyataan.
Pertubuhan bukan kerajaan itu menggesa Israel membenarkan mangsa yang cedera dibawa keluar dari semenanjung terkepung itu untuk rawatan diperlukan dan kerajaan menawarkan kemudahan perubatan kepada yang cedera.
āAlternatif bahawa ribuan pesakit dibiarkan dengan kecederaan teruk, ramai daripadanya cacat kekal dan bergantung kepada keluarga, tidak dapat dibayangkan apabila rawatan mencukupi boleh dicapai,ā katanya.
Israel mengekalkan sekatan ketata di Gaza yang dikatakan perlu untuk mengasingkan pemerintah Hamas serta menghalang kumpulan Islam itu daripada memperoleh senjata atau bahan yang mungkin digunakan untuk membuatnya.
Pengkritik berkata, ia bersamaan kepada hukuman terkumpul buat dua juta penduduk di sana. Sekurang-kurangnya 235 penduduk Palestin di Gaza maut dalam pertembungan sejak 30 Mac lalu, kebanyakannya ditembak Israel atau serangan udara dan kereta kebal. – AFP/BH ONLINE