Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Manusia Sogo Yang Hebat...

MANUSIA akan berjuang kalau dia bukan orang yang malang! Hanya yang mudah terasa kalah...

HFMD: 2 Sekolah Di...

GEORGE TOWN - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Shih Chung (Cawangan) dan Sekolah...

PAS Tidak Boleh Kerjasama...

KUALA LUMPUR - PAS sama sekali tidak boleh bekerjasama dengan pengkhianat parti itu...

Bekas Pembantu Mufti Dinobat...

BAGAN SERAI - Bekas pembantu mufti di pejabat Mufti Perak Mohamed Abdullah dinobatkan...

Ribut Pasir Gergasi Lenyapkan Sebuah Bandar Di China

SATU kejadian ribut pasir di wilayah Gansu, China berjaya dirakam baru-baru ini.

Rakaman tersebut ternyata mengejutkan ramai pihak kerana ribut berkenaan membawa kabus pasir yang banyak, seolah-olah melenyapkan bandar berkenaan.

Sewaktu kejadian, pemandu diarahkan berhenti di tepi jalan manakala orang awam dinasihatkan berada di dalam bangunan atau rumah sahaja tanpa membuka pintu dan tingkap.

Suasana ribut pasir yang menakutkan.

Ribut pasir gergasi itu melanda pada Ahad lalu, lapor Meteorologi China.

Ribut berkenaan bergerak pada kelajuan 17 meter sesaat, melewati bangunan dan rumah dengan debu pasir yang tebal.

Menurut pihak metereologi, ribut pasir itu dibawa dari Gurun Gobi.


Jabatan bomba dan pihak polis turut melakukan rondaan sewaktu kejadian berlaku.

Malah, tahap penglihatan pada waktu itu juga terhad kepada 10 meter sahaja.

Satu lagi ribut pasir dijangka melanda Beijing tidak lama lagi, lapor agensi Xinhua.- Mirror.UK/mStar Online

Kategori