Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PDRM, Jabatan Agama Bekerjasama...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan jabatan agama negeri serta...

Serangan Udara AS Sasar...

WASHINGTON - Amerika Syarikat disertai Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) meneruskan...

Zahid Kagum Kerjasama Semua...

KULIM - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan perasaan...

Soundcircus Festival 2023 Berlangsung...

KUALA LUMPUR, 2 Ogos 2023 – Sekali lagi, Art Of Speed Malaysia (AOSM)...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah pagi ini berbanding dolar US, berikutan mata wang Amerika Syarikat itu yang mengukuh mengekang permintaan terhadap unit tempatan, kata peniaga.

Pada 9.00 pagi, ringgit berada pada 4.1950/2000 berbanding dolar US daripada 4.1870/1920 semasa dicatatkan pada 6 petang pada Isnin.

Pasaran ditutup semalam berikutan cuti umum sempena sambutan Maulidur Rasul.

Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA Stephen Innes berkata seperti dijangka, unit tempatan rendah dan berada pada paras 4.20 dalam dagangan awal.

“Gabungan harga minyak rendah dan dolar mengukuh, mengelak risiko global walau apa pun, kami akan menguji paras 4.20 utama dalam masa terdekat,” katanya kepada Bernama.


Bagaimanapun, berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi.

Mata wang tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0491/0534 daripada 3.0509/0563 sebelum ini, bagaimanapun berbanding yen Jepun, ia merosot kepada 3.7180/7234 daripada 3.7158/7213.

Ringgit meningkat berbanding pound British kepada 5.3646/3714 daripada 5.3887/3959 dan naik berbanding euro kepada 4.7680/7754 daripada 4.7845/7910. – BERNAMA

Kategori