Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

KSAB Sesak Disebabkan Penutupan...

JOHOR BAHRU - Penutupan kaunter di laluan masuk Link Ke-2, Kompleks Sultan Abu...

ADUN DAP Hina Tok...

SHAH ALAM - Seorang ADUN DAP sengaja cari pasal dalam sidang Dewan Undangan...

Lelaki Gelandangan Tersepit Celah...

HONOLULU - Seorang lelaki gelandangan terpaksa menanggung seksa hampir empat jam apabila tersepit...

Wanita Dipaksa Terus Lacur...

BOGOTA - Sindiket pemerdagangan manusia di Mexico sering menjadikan kanak-kanak yang dijual kepada...

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR – Ringgit terus merosot untuk ditutup lebih rendah berbanding dolar US hari ini sejajar dengan kebanyakan mata wang Asia lain kerana lebih ramai pelabur meninggalkan pasaran membangun berikutan trend meningkat dalam dolar US, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit berada pada 4.1920/1960 berbanding 4.1860/ 1900 bagi setiap dolar US pada Isnin.

Peniaga berkata, dolar US mencatatkan paras tertinggi sejak Jun 2017 ketika dagangan bermula bagi minggu ini, yang merupakan paras tertinggi dalam tempoh 16 bulan untuk dolar US, dengan meningkatkan keyakinan pelabur bahawa Rizab Persekutuan AS akan menaikkan kadar faedah bulan depan.

Bagaimanapun, mata wang tempatan itu ditutup bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ringgit menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0285/0333 daripada 3.0265/0299 pada Isnin, tetapi berbanding dengan yen Jepun, ia meningkat kepada 3.6733 6781 daripada 3.6739/6780.

Ia menurun berbanding pound Britain kepada 5.4022/4099 daripada 5.3765/3833 pada Isnin, dan mengukuh berbanding euro kepada 4.7097/7146 daripada 4.7113/7175 sebelumnya. – BERNAMA

Kategori