Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bahan Letupan Ditemukan Dalam...

Pihak berkuasa menemukan bahan letupan dalam kereta yang dipandu lelaki berusia 20 tahun...

Nahas Duke: Pakar Kaunseling...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menghantar pakar kaunseling...

Nekad Panjat Gaung Demi...

JIKA anak kecil ini tidak bertindak nekad memanjat gaung sedalam 200 meter, mungkin...

Nikahi Adira Di Thailand...

INILAH penjelasan di sebalik kemelut yang melanda rumah tangga Datuk Seri Adnan Abu...

Rizab BNM ‘Lesap’ RM30 Bilion Sejak PH Berkuasa

MERUDUM… Impian rakyat untuk gembira saksi ekonomi negara ini mampu diurus baik di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini tampak kian meleset, malah bertukar pula jadi mimpi ngeri!

Jika sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu, pentadbiran Barisan Nasional (BN); yang sering ditohmah PH dengan pelbagai imej buruk, tetapi ia masih berjaya lonjak rizab asing Bank Negara Malaysia (BNM).

Bayangkanlah pada akhir April lepas membuktikan bank pusat tempatan itu catat rekod buat julung kali mampu memiliki rizab antarabangsa paling tinggi dalam sejarah iaitu berjumlah AS$110 bilion (kira-kira RM460 bilion).

Malangnya, akhir bulan lalu, jumlah berkenaan merosot AS$7.2 bilion (RM30 bilion) kepada hanya AS$102.8 bilion (RM426 bilion) iaitu kejatuhan 6.5 peratus atau dalam bahasa mudahnya ialah simpanan itu lesap begitu sahaja.

Jumlah ini bukan kecil, tetapi khabar buruk itu tidak diperbesarkan semua media arus perdana termasuk agensi berita rasmi Bernama, selain stesen penyiaran RTM kerana bimbang rakyat mula bangkit marah pihak kerajaan PH.

Hakikatnya, jumlah rizab yang hilang itu membuktikan ada sesuatu tidak kena dalam urus tadbir kewangan negara termasuk kemungkinan besar digunakan kerajaan untuk tampung kekurangan hasil sepanjang enam bulan lalu.

Semua maklum, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini tular mencanangkan kononnya BN cuma mewarisi RM450 juta pada akhir April lepas walhal komitmen bulanan kerajaan persekutuan pula cecah hampir RM9 bilion.


Bagaimanapun Setiausaha Agung DAP itu dengan bangga mendakwa kerajaan PH mampu tunai kewajipan tersebut sehingga jadi bahan jenaka ramai netizen termasuk bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.

Maklumlah, timbul persoalan cepumas… dari mana Guan Eng mampu pula dapat baki RM8.55 bilion setiap bulan untuk dapat bayar pelbagai kos operasi harian kerajaan termasuk gaji 1.6 juta penjawat awam di seluruh negara!

Apatah lagi, kerajaan kekurangan hasil lebih RM20 bilion akibat pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selama tiga bulan sebelum pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September.

Justeru, apakah kerajaan PH sengaja ‘jarah’ rizab BNM untuk ganti kehilangan pendapatan ekoran ketiadaan GST, manakala kutipan SST pula penuh dengan ketirisan apabila berjaya dimanipulasi peniaga untuk perdaya kastam.

Jika ini benar, jelaslah kerajaan PH memang tidak tahu urus ekonomi dan jana pendapatan negara bahkan hanya pandai ‘korek’ tabung BNM yang sepatutnya diguna ketika berlaku darurat untuk bantu rakyat. – Mynewshub.TV

Kategori