Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Perbarisan, Acara Naik Bendera...

KUALA LUMPUR - Majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2016 dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan...

Vida Pamer Barang Kemas...

PETALING JAYA - Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mempamerkan lima jenis barang kemas...

Video: Madonna Dedah Payudara...

MADONNA dan kontroversi  sememangnya tidak dapat dipisahkan. Selepas buat hal apabila lewat berjam-jam bagi...

Penunggang Wanita Maut, Nahas...

Nilai: Seorang maut manakala lima lagi cedera selepas enam motosikal terbabit kemalangan di...

RM300k Produk Racun & Tidak Berdaftar Dirampas

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF) telah menjalankan serbuan pada 1 November 2018 ke atas 8 buah premis pengedar dan penjual yang terletak di Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Terengganu kerana disyaki menjual produk tidak berdaftar dan dicampurpalsu dengan racun Sildenafil dan Tadalafil.

Serbuan dijalankan berikutan aduan awam mengenai penjualan produk tersebut secara dalam talian. Hasil analisa kimia yang dijalankan terhadap 2 sampel yang diperolehi di pasaran telah dikesan mengandungi racun seperti berikut:

Selain itu, turut ditemui ialah produk yang disyaki tidak berdaftar dengan KKM iaitu Gambir Emas Performance Gel dengan Estrak Ginseng, Gambir Emas Performance Gel, G.E Herbs Performance Oil dan Kama-Max Performance Spray. Kesemua produk yang dianggarkan bernilai RM 300,000 telah dirampas untuk siasatan lanjut di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan Akta Racun 1952.

Di bawah Akta Jualan Dadah 1952, jika sabit kesalahan akan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali bagi individu. Bagi syarikat pula boleh dikenakan denda sehingga RM50,000. Manakala bagi produk yang dicampurpalsu dengan racun, jika sabit kesalahan, individu/ syarikat boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 3,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

KKM menasihatkan orang ramai yang mempunyai stok produk ini untuk menghentikan dengan SERTA MERTA semua penjualan, pengedaran atau penggunaannya. Sildenafil dan Tadalafil merupakan sejenis racun kumpulan B yang hanya boleh digunakan melalui preskripsi oleh pengamal perubatan berdaftar. Apabila diambil tanpa nasihat profesional kesihatan, boleh mengakibatkan kesan sampingan yang serius seperti serangan jantung yang boleh membawa maut

Orang ramai turut dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati sewaktu membeli apaapa produk kesihatan yang dijual secara dalam talian serta memastikan produkproduk kesihatan yang dibeli di pasaran adalah produk yang berdaftar dengan KKM.

Orang ramai boleh menyemak kesahihan nombor pendaftaran produk dengan melayari www.npra.gov.my atau dengan menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400 atau memuat turun aplikasi NPRA Product Status secara percuma melalui Play Store.


Orang ramai juga digalakkan untuk mengemukakan aduan berkenaan produk kesihatan kepada pihak BPF, KKM melalui laman sesawang http://www.pharmacy.gov.my atau melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamat http://moh.spab.gov.my.

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
5 November 2018

Sila klik disini untuk Lampiran

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: BAHARUDIN BIN MOHAMAD
Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Tel: 03-88834536 / 017-2635008
Faks: 03-88886187

BERNAMA

Kategori