Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

JKR Sabah Perlu Penjawat...

KOTA KINABALU - Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah memerlukan pertambahan penjawat awam bagi...

Azmin Nafi Dendam Terhadap...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali merujuk Tan Sri Abdul...

Bayi 5 Bulan Maut,...

MALANG sememangnya tidak berbau.. seorang bayi lelaki berusia lima bulan maut manakala ibunya...

Masalah Air Di Kedah...

PADANG TERAP - Masalah bekalan air yang dihadapi Kedah dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya...

RM1.74 Juta Untuk Persediaan Awal Hadapi Banjir

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah menyalurkan RM1.74 juta sebagai peruntukan awal kepada Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) untuk perbelanjaan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan operasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata langkah itu bertujuan memastikan bencana banjir dalam negara dapat diuruskan dengan baik.

“Kerajaan akan pastikan KWABBN mencukupi dan sebarang kekurangan peruntukan tabung itu akan ditambah mengikut anggaran keperluan,” katanya menjawab pertanyaan Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Bagi tempoh 2008 hingga 2017, sebanyak RM422 juta telah dibelanjakan untuk operasi pengurusan banjir manakala bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, sebanyak RM25.8 juta digunakan.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata inisiatif lain yang diambil merangkumi rundingan dengan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd bagi memastikan sistem kumbahan di pusat pemindahan disenggara dengan baik.

Kerajaan juga mengadakan rundingan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi untuk memastikan penyampaian hebahan notis banjir dapat diberikan, katanya.


Bagi menghadapi monsun timur laut yang dijangka berterusan sehingga Mac 2019, Dr Wan Azizah berkata agensi-agensi ‘first responder’ seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) akan menggerakkan 78,612 anggota ke lokasi banjir.

Selain itu, sebanyak 1,080 daripada 5,448 pusat pemindahan di kawasan berisiko telah diaktifkan di samping lima depoh simpanan, 165 stor bencana dan 581 pangkalan hadapan telah dilengkapkan dengan makanan dan keperluan mangsa.

Sebanyak 1,454 kenderaan pacuan empat roda, aset udara (15), lori (859), bot (1,138) dan 425 ambulans polis, bomba dan APM sedia untuk digerakkan.

Dr Wan Azizah berkata Mesyuarat Jawatankuasa Pusat yang dipengerusikan oleh beliau pada 30 Okt lepas memutuskan beberapa perkara antaranya cuti anggota yang terlibat dibekukan mulai November hingga Disember tahun ini dan berkemungkinan dilanjutkan sehingga Mac tahun depan, bergantung kepada cuaca dan negeri terlibat. – BERNAMA

Kategori