Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Isteri Kartunis Zunar Ditahan...

PUTRAJAYA -- Isteri kepada kartunis kontroversi, Zulkifli Anwar Ulhaque atau dikenali sebagai Zunar...

Pertumbuhan Ekonomi Dijangka Makin...

LONDON- Menteri Kewangan Indonesia menjangkakan ekonomi akan berkembang lebih perlahan berbanding unjuran awal...

Sembilan Maut Lori Langgar...

TAPAH - Sembilan pekerja ladang maut dalam satu kemalangan di Jalan Air Kuning-Mambang...

Skandal ECM Bakal Jerat...

PERANGKAP... Bagi pengamat politik tanah air, nama Khairy Jamaluddin pernah dikenang kerana pelbagai...

RM9 Juta Naik Taraf Masjid Bahagian Serian

SERIAN – Sebanyak RM9 juta akan diperuntukkan bagi kerja menaik taraf Masjid Bahagian Serian, kata Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata bagi tujuan itu, tanah tapak masjid akan diserahkan kepada lembaga pengelola masjid menerusi Masjid Islam Sarawak (MIS) untuk memudahkan urusan naik taraf.

“Kerajaan negeri memang ada rancangan hendak membina masjid baharu di Serian di lokasi lain tetapi khuatir jumlah jemaah yang akan mengimarahkan (masjid baharu) tidak ramai memandangkan tempat agak jauh (berbanding lokasi Masjid Bahagian Serian).

“Melihat kepada pembangunan di Bandar Serian ketika ini, saya setuju masjid ini kekal di sini dan dibesarkan. Peruntukan RM9 juta akan diluluskan untuk besarkan masjid ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis penyerahan sebuah van jenazah kepada Lembaga Amanah Kebajikan Islam Serian (LAKIS) di Masjid Bahagian Serian di sini hari ini.

Pada majlis tersebut Abang Johari turut mengumumkan peruntukan RM500,000 untuk kerja-kerja penyelenggaraan masjid tersebut. – BERNAMA

Kategori