Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tinggal Mayat Tepi Jalan...

Amravati, India - Mayat seorang wanita yang dalam perjalanan untuk dikebumikan di sini...

Kes Cabul Pelakon: YouTuber...

KOTA BHARU - Seorang YouTuber yang ditahan reman Khamis lalu dibebaskan dengan jaminan...

Presiden Rusia Ucap Tahniah...

MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin mengucapkan tahniah kepada Hassan Rouhani atas kejayaan...

Kem. Pendidikan Lancar Kluster...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan hari ini melancarkan Kluster Perkhidmatan Kewangan, kluster ke-10 yang...

Robot Polis Dikerah Kawal Sidang Puncak ASEAN

UNIK… Sebuah robot autonomi dilengkapi kamera dan lampu berkelip-kelip yang ronda di sekitar lokasi Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 di Suntec City, Singapura menarik perhatian orang ramai.

Malahan ada yang sanggup berhenti seketika untuk ambil kesempatan berswafoto. Robot itu melakukan rondaan sendiri mengikut jalan yang dirancang dengan awal serta berupaya mengesan dan mengelak sebarang halangan.

Menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) menerusi kenyataan media dikeluarkan pada hari ini, robot beroda empat berukuran tinggi kira-kira 1.5 meter itu bergerak di sekeliling perimeter pusat konvensyen antarabangsa tersebut.

Ia menyediakan keselamatan tambahan kepada pertemuan ramai pemimpin dunia selain juga dilengkapi dengan alat perhubungan interkom dan boleh berfungsi sebagai pos arahan polis secara mudah alih bagi koordinasi.

Robot yang belum dinamakan dan dihiasi lampu berkelip-kelip warna biru dan merah itu merupakan prototaip dibangunkan oleh pihak polis dan mampu hantar gambar panorama 360 darjah kawasan yang dipantaunya.


Menurut SPF, robot itu melengkapi tugas pegawai polis bertugas di lapangan dalam kesan sebarang kegiatan yang curiga serta tingkatkan kehadiran polis. Justeru pegawai polis boleh beri tumpuan kepada kerja bernilai lebih tinggi.

Ia adalah hasil kerjasama antara polis dengan rakan-rakan industri. Prototaip ini sebahagian daripada percubaan yang sedang dijalankan bagi tinjau potensi penggunaan robot dalam tingkatkan keupayaan operasi pihak polis.

“Ia langkah positif dalam usaha bangun aset robotik kami yang boleh digunakan bagi pelbagai aspek seperti operasi keselamatan semasa acara penting, mendekati masyarakat dan keselamatan bersifat perlindungan,” menurut polis.

Kenamaan yang hadir sidang kemuncak ASEA termasuk pemimpin dunia seperti Perdana Menteri China, Li Keqiang, Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence dan Presiden Rusia, Vladimir Putin. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori