Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Starbucks Diarahkan Letak Amaran...

WASPADA... Bimbang risiko kesihatan jutaan pengguna, seorang hakim di Los Angeles, Amerika Syarikat...

Pekerja Asing Dilindungi PERKESO...

PUTRAJAYA - Kabinet memutuskan untuk meletakkan perlindungan keselamatan sosial pekerja asing di bawah...

Pembekal Bahan Binaan Ditipu...

KUALA TERENGGANU - Niat seorang pengusaha dan pembekal bahan binaan membuat pinjaman RM35,000...

Soal Kenaikan Gaji: Najib...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersimpati dengan...

Rompak Pemandu Grab, Tiga Rakan Didakwa

KUALA LUMPUR – Tiga rakan termasuk remaja bawah umur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan menggunakan sebilah pisau terhadap seorang pemandu servis Grab menyebabkan kerugian RM2,710.

Mohammed Azlan Shah Zamri, 24, Dicky Zulkarnain Eddy Sanjaya, 23 dan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa telah melakukan rompak berkumpulan terhadap Mok Jun Yue, 21, dan merampas beberapa keping kad bank, sebuah telefon bimbit jenama iPhone, kad akses rumah dan kad pengenalan milik lelaki itu dengan menggunakan sebilah pisau.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Jujur 1/6, Taman Bakti, Ampang, di sini, pada 4 pagi, 20 Sept lalu mengiku Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene tidak menawarkan sebarang jaminan kerana ia merupakan kesalahan yang tidak boleh dijamin selain dua daripada tertuduh tidak mempunyai kad pengenalan.


“Jaminan juga tidak ditawarkan kerana khuatir mereka akan mengganggu mangsa dalam kes ini,” katanya.

Mahkamah tidak membenarkan ketiga-tiga tertuduh yang tidak diwakili peguam itu diikat jamin dan menetapkan 20 Dis untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori