Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kesusahan Dorong 2 Pemuda...

SERDANG - Kesusahan keluarga dan semangat daripada ibu bapa mendorong seorang pemuda kurang...

Guru Maut Ditembak Oleh...

JAKARTA - Seorang guru sandaran sekolah rendah di Puncak Jaya, di kawasan Kampung...

Ingatkan Mayat, Rupanya Orang...

PENDUDUK di Desa Manguranranan Kabupaten Kebumen Jawa Tengah, Indonesia, baru-baru ini digemparkan dengan penemuan satu 'mayat'...

7 Makanan Yang Boleh...

Ada beberapa jenis makanan bukan sahaja berfungsi untuk kesihatan tetapi mempengaruhi juga cara...

Rosmah Dijangka Berdepan Tuduhan Baru

KUALA LUMPUR – Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijangka berdepan tuduhan baru, kali ini membabitkan siasatan terhadap projek solar hibrid bagi sekolah di Sarawak.

Difahamkan, Rosmah akan menghadapi beberapa pertuduhan di mahkamah dalam jangka waktu terdekat kerana peranannya dalam projek itu yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber SPRM berkata, projek membabitkan dana sebanyak RM1.25 bilion itu disiasat berikutan diberikan tanpa melalui prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Pendidikan ketika pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, projek membabitkan pemasangan sistem solar hibrid di 369 sekolah luar bandar di Sarawak dianugerahkan kepada sebuah syarikat berdasarkan arahan langsung daripada Perdana Menteri ketika itu iaitu Datuk Seri Najib Razak.

“Berdasarkan siasatan dijalankan, Rosmah dijangka akan dikenakan beberapa pertuduhan atas peranan dalam projek itu.

“Malah, ia juga adalah susulan siasatan terhadap bekas pegawai khas Najib iaitu Datuk Rizal Mansor yang sebelum ini ditahan SPRM pada 9 Julai lalu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut sumber itu lagi, Rosmah dan Rizal dijangka dituduh di mahkamah pada minggu ini.


Pada 4 Oktober lalu, Rosmah menghadapi 17 tuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membabitkan aktiviti penggubahan wang haram berjumlah RM7 juta mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Bagaimanapun, Rosmah mengaku tidak bersalah atas 12 tuduhan membabitkan diri secara langsung dalam transaksi aktiviti haram dengan cara membenarkan kemasukan wang RM7 juta ke dalam akaun bank miliknya serta lima lagi pertuduhan kerana gagal membuat penyata pendapatan.

Mahkamah kemudian membenarkan Rosmah dibebaskan dengan ikat jamin RM2 juta dan diminta menyerahkan dua dokumen perjalanan miliknya kepada mahkamah.

Manakala, siasatan SPRM ke atas Rizal pula kerana cuba mendapatkan wang daripada syarikat Jepak Holdings yang terbabit projek pemasangan sistem solar hibrid berkenaan.

Sebelum ini juga, SPRM turut menahan beberapa individu termasuk pengarah, pengarah urusan serta peguam yang mempunyai kaitan dengan projek berkenaan. – BH ONLINE

Kategori