Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemilik Kilang Di Syria...

A’ZAZ, SYRIA - Dahulu berharta namun kini semuanya lenyap sekelip mata. Itu antara...

TV3 Akan Siar Permohonan...

KUALA LUMPUR - Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) akan menyiarkan permohonan maaf kepada...

Artis Malaysia, Indonesia Jayakan...

BERSEMPENA sambutan ulang tahun ke-60 hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia, satu...

Lelaki Serang Polis Dengan...

NEW YORK - Polis menembak mati seorang lelaki bersenjatakan kapak selepas menyerang sekumpulan...

RTP Beri Faedah Besar Kepada Rakyat Luar Bandar

KUCHING – Sejak Projek Transformasi Luar Bandar (RTP), sebuah program berpaksikan rakyat dilancarkan pada 2015, projek-projek yang dilancarkan di bawah inisiatif tersebut telah memberi banyak faedah kepada rakyat terutama di kawasan luar bandar Sarawak, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak itu berkata kerajaan negeri Sarawak komited untuk memperbaiki kemudahan infrastruktur asas, utiliti dan kemudahan sosial yang lain untuk membolehkan masyarakat luar bandar menikmati taraf hidup yang lebih baik.

“Sejumlah RM2.0 bilion telah diperuntukkan dalam tempoh 2015 hingga 2018 bagi pelaksanaan 7,283 projek RTP di negeri ini. Sehingga 30 Okt 2018, 4,402 projek atau 60.4% daripada jumlah keseluruhan projek telah disiapkan manakala baki 2,881 projek lagi telah siap pada pelbagai tahap,” kata Uggah semasa menggulung perbahasan berhubung kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini.

Beliau berkata RTP sedang dilaksanakan di seluruh Sarawak bagi menyediakan kemudahan infrastruktur asas terutama di kawasan luar bandar demi kebaikan rakyat dan menambah kata, pengagihan peruntukan RTP disalurkan menerusi pelbagai agensi pelaksana yang akan melaksanakan, mengawasi dan memantau projek-projek berkenaan.

Sejak beberapa tahun ini, kata beliau, jumlah projek RTP semakin meningkat dan pelaksanaannya pula memberikan cabaran yang semakin besar dan oleh itu, kerajaan negeri telah mewujudkan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) yang baharu untuk memantapkan lagi pengurusan RTP bagi menambah baik sistem penyampaiannya.

“SOP baharu itu telah dikuatkuasakan pada 1 Ogos tahun ini dan sukacita saya memaklumkan bahawa menerusi pelaksanaan SOP baharu ini, kita telah dapat mengatasi beberapa masalah dan mempercepatkan pelaksanaan RTP.

“Ia telah mempermudahkan kelancaran projek-projek RTP di negeri ini,” kata beliau serta menggesa agensi-agensi yang terlibat agar memantau dengan ketat projek-projek RTP yang telah dilaksanakan bagi memastikan ia berjalan lancar dan disiapkan mengiktu jadual.

Timbalan Ketua Menteri itu juga berkata kerajaan negeri juga sedar terdapat ramai bakal usahawan tani terutama golongan muda yang berminat hendak menyertai bidang pertanian tetapi tidak memiliki keluasan tanah yang mencukupi untuk memulakan perusahaan mereka.

Beliau berkata sehingga kini, Ketua Menteri telah meluluskan dua projek Taman Pertanian iaitu di Samarahan dan Sarikei dengan peruntukan RM50 juta masing-masing, dan menambah beberapa kawasan berpotensi untuk dibangunkan sebagai taman pertanian juga telah dikenal pasti dalam kawasan Parlimen beliau.

Uggah juga berkata penggunaan teknologi digital kini semakin meningkat dalam pelbagai industri termasuk pertanian, dan penggunaan teknologi seumpama itu boleh membantu para petani mengurus operasi ladang dengan lebih baik, meningkatkan pengeluaran tanam-tanaman dan jumlah pendapatan mereka.


“Kementerian saya percaya kepada potensi ‘pertanian pintar’ sebagai satu cara untuk mentransformasikan sektor pertanian.”

Oleh itu, kata beliau, kementeriannya sedang dalam proses untuk memertingkatkan TKPM Rampangi dengan pelbagai kemudahan yang dijangka dapat disiapkan menjelang suku kedua 2019.

Objektif projek ini, tambah beliau, ialah untuk memperkenalkan teknologi moden kepada para petani, terutama golongan belia.

Selain itu, katanya ia juga menjadi platform bagi kementeriannya untuk mengenal pasti teknologi terbaik yang boleh dilaksanakan dalam landskap pertanian di Sarawak.

Beliau berkata di bawah inisiatif Ekonomi Digital Negeri, peruntukan sebanyak RM15.5 juta telah diluluskan pada 2019 untuk pelbagai jabatan di bawah kementerian itu.

“Dalam usaha mengembangkan produk-produk pertanian Sarawak ke pasaran global, kementerian saya mengalu-alukan langkah Ketua Menteri untuk membuka pejabat perdagangan dan pelancongan di Singapura dan beberapa negara ASEAN lain, yang akan menjadi hab perdagangan dan komunikasi antara pengeksport Sarawak dan komuniti perniagaan di Singapura dan negara-negara lain di rantau ini.

“Inisiatif ini juga akan membuka peluang lebih besar kepada para pedagang Sarawak untuk mengambil kesempatan dan manfaat daripada Perjanjian e-Dagang antara negara-negara ASEAN yang telah ditandatangani semalam untuk mempermudahkan transaksi e-Dagang yang merentasi sempadan,” kata beliau. – BERNAMA

Kategori