Monday, January 13, 2025

Creating liberating content

Kes HFMD Meningkat 17.8%...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 23,454 kes penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD) dilaporkan...

PRN Johor: Parti MUDA...

KUALA LUMPUR : Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) akan bertanding pada Pilihan Raya...

Salah Guna Kuasa: Reman...

PUTRAJAYA - Seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan yang direman bagi membantu siasatan...

Teknologi Inovasi Pertanian Aspirasi...

SERDANG - Penggunaan teknologi dan inovasi pertanian menyeluruh selain penghasilan benih dan tanaman...

Rundingan Damai Moscow Tanda Taliban Makin Diterima

RUSSIA menunjukkan kembalinya pengaruh sebagai kuasa dihormati di Afghanistan apabila berjaya menjadi tuan rumah pertemuan untuk memulakan rundingan damai di negara bergolak itu.

Pertemuan itu disertai pihak Taliban yang menghantar wakil berkedudukan tinggi, pertama kali kumpulan militan ini menyertai pertemuan seumpamanya.

Pertemuan di Moscow itu berjaya menemukan pihak paling berpengaruh di Afghanistan dan bermula semalam, dan dikenali sebagai “Format Moscow.”

Majlis Keamanan Afghanistan yang memantau proses damai tetapi tidak mewakili kerajaan Afghan turut hadir.

Taliban bagaimanapun menegaskan yang kumpulannya hanya akan mengadakan rundingam terus dengan Amerika Syarikat dan bukan kerajaan Kabul.

Kabul tidak menghantar wakil ke mesyuarat ini yang menemukan lebih 10 pihak berkepentingan. AS hadir dengan status pemerhati.

“Kami membincankan hal rundingan terus dengan Taliban dan meminta mereka memilih tempat dan masa rundingan akan dimulakan,” Majlis Keamanan dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Rusia, RIA.

Pihak Barat dan kerajaan Afghanistan tidak sepenuhnya meyakini rundingan Moscow ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan usaha rundingan lain.

Prestij pertemuan yang dihoskan Moscow ini digambarkan oleh kehadiran negara seperi China, Pakistan, Iran, India, dan negara-negara Asia Tengah.

Pemerhati mengambil sikap tunggu dan lihat dan tidak mengharapkan kejayaan segera rundingan terbaru yang akan dimulakan.


Tetapi kehadiran Taliban dalam bilik yang sama dengan delegasi Afghanistan di Rusia dengan kehadiran AS dianggap amat penting.

Dari sudut sejarah, Rusia bermusuh dengan Taliban tetapi kedua-dua pihak sudah mula berunding.

AS dan tentera kerajaan Afghanistan sudah memerangi Taliban sejak lebih sedekad lalu, manakala AS dan Rusia masih tidak mempercayai satu sama lain.

Taliban menghantar delegasi lima orang ke pertemuan Moscow ini dari pejabatnya di Qatar.

Julai lalu, dilaporkan Taliban mengadakan pertemuan dengan seorang diplomat kanan AS di Qatar, disusuli dengan satu pusingan rundingan lain.

Pakistan juga menunjukkan tanda perubahan apabila membebaskan seorang pemimpin Taliban, Mullah Abdul Ghani Baradar bulan lalu, atas permintaan AS.

Seorang jurucakap kementerian luar Pakistan berkata pembebasannya bertujuan memudahkan proses damai dan pemulihan di Afghanistan.

Kerajaan Afghanistan dan Taliban pada Jun lalu bersetuju melaksanakan gencatan senjata selama tiga hari sempena Ramadan. – Mynewshub.tv

Kategori