Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

DOSM Sasar 30% Proses...

SUNGKAI - Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menyasarkan sekurang-kurangnya 30 peratus proses Banci Penduduk...

Saifuddin Hadiri Mesyuarat Tergempar...

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah akan menghadiri mesyuarat tergempar Pertubuhan...

KAFA Akan Bincang Dengan...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan berunding dengan penaja utama...

Warga New Zealand Dijumpai...

LABUAN - Seorang lelaki warga New Zealand dijumpai mati dengan kesan kecederaan di...

Rundingan Damai Yemen Di Sweden Bulan Depan

WASHINGTON – Rundingan damai bagi menamatkan perang di Yemen akan diadakan pada awal Disember ini di Sweden antara pemberontak Houthi dan kerajaan yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), kata Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Jim Mattis kelmarin.

Beliau berkata, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu yang menyokong Presiden Yemen, Abdul Rabbu Mansour Hadi dalam perang ga­nas selama tiga tahun itu akan turut serta.

“Ia kelihatan seperti akan diadakan pada awal Disember di Sweden, kami akan menyaksikan pihak pembe­rontak Houthi dan kerajaan yang di­iktiraf PBB, pentadbiran Presiden Abdul Rabbu bertemu di sana,” katanya.

Mattis pada bulan lalu membuat satu permintaan gencatan senjata yang mengejutkan di Yemen dan menggesa pihak bertelagah untuk menyertai perbincangan dalam masa 30 hari.

PBB kini mendesak supaya tarikh akhir itu dilaksanakan menjelang hujung tahun ini.

Komen terkini Mattis itu dibuat selepas Jabatan Negara AS berkata, perbincangan itu mungkin ditangguhkan lebih lama dan utusan khas PBB, Martin Griffiths berada di Sanaa untuk berbincang dengan ketua-ketua pemberontak bagi mendesak mereka menyertai perbincangan damai di Sweden.

Griffiths menerajui desakan terbesar dalam masa dua tahun untuk menamatkan perang yang dikatakan PBB sebagai krisis kemanusiaan terburuk dunia.


Kenyataan Mattis juga dikeluarkan sehari selepas Presiden AS, Donald Trump berikrar akan bersama Arab Saudi sebagai sekutunya walaupun dibayangi pembunuhan Jamal Khashoggi di konsulat negara itu di Istanbul pada 2 Oktober lalu.

Washington merupakan sekutu yang membekalkan bom dan persenjataan termasuk sokongan perisikan kepada pakatan tentera yang diketuai Arab Saudi bagi membantu Abdul Rabbu sejak Mac 2015.

Agensi PBB berkata, lebih 14 juta penduduk Yemen berdepan kebuluran jika peperangan berterusan menyebabkan pelabuhan Hodeida yang merupakan pintu masuk kepada bantuan kemanusiaan ditutup.

Peperangan itu menyebabkan lebih 10,000 orang terbunuh kebanyakannya terdiri daripada orang awam sejak Arab Saudi bersama tentera pakatan membuat serangan. – AFP/KOSMO ONLINE

Kategori