Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Terima Kenyataan Pencarian MH370...

KUALA LUMPUR - Keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak setahun...

Ozil Idam Jersi Nombor...

LONDON - Mesut Ozil memberi gambaran dia mahu menjadi pemain utama Arsenal -...

Mat Sabu Enggan Komen...

KLANG - Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu enggan memberi sebarang ulasan berkenaan pendedahan Naib...

BN Akan Terus Perkasakan...

JELI - Barisan Nasional (BN) Kelantan akan terus memperkasa institusi pengajian pondok selaras...

Rusia Hantar Peluru Berpandu S-400 Ke Crimea

RUSIA akan menempatkan sistem peluru berpandu darat ke udara terbaharu S-400 di semenanjung Crimea, lapor agensi berita Interfax memetik kementerian pertahanan Rusia pada Rabu.

Berita ini muncul selepas Ukraine memperkenalkan undang-undang tentera selama 30 hari di satu bahagian negara itu ekoran tindakan Rusia pada Ahad lalu merampas tiga kapal perang tentera laut Ukraine di luar pantai Crimea yang telah ditawan Rusia.

Agensi berita itu melaporkan sistem S-400 itu akan segera beroperasi.

Wilayah semenanjung Crimea menempatkan pangkalan tentera laut Rusia di Laut Hitam, menjadikannya lokasi yang penting bagi Rusia.

Rusia mula menakluk Crimea pada Februari 2014 ekoran ketegangan panjang dengan Ukraine yang semakin berpihak kepada Barat. – Agensi

Kategori