Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Zainal Kling Beri Keterangan...

KUALA LUMPUR - Ketua Eksekutif Sekretariat Kongres Maruah Melayu, Zainal Kling memberi keterangan...

Putera Harry, Meghan Akhirnya...

PASANGAN pengantin diraja, Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle kini dilaporkan sudah berpindah...

Polis Siasat Video Penceramah...

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan menjalankan siasatan berhubung klip video tular mengandungi kenyataan...

Bomba Selamatkan Si Comel...

SELAINƃā€šĆ‚Ā bergadai nyawa menyelamatkan jiwa dalam kebakaran, pasukan bomba turut menyerlahkan sifat penyayang mereka...

Saman Anwar Terhadap MKN Bakal Didengar

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 27 Februari tahun depan untuk pendengaran saman pemula yang dikemukakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi cabar pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 (Akta MKN 2016).

Hakim Datuk Nordin Hassan menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya selepas kes itu disebut di hadapannya yang turut dihadiri peguam J. Leela yang bertindak bagi pihak Anwar dan Peguam Kanan Persekutuan Mazlifah Ayob mewakili MKN dan kerajaan.

Leela yang ditemui pemberita berkata mahkamah juga menetapkan 21 Disember untuk pengurusan kes bagi membolehkan MKN dan kerajaan memfailkan afidavit dan sekiranya Anwar mahu membalas afidavit tersebut ia perlu difailkan pada 11 Jan tahun depan.

Beliau berkata mahkamah juga menetapkan 13 Februari tahun depan untuk pengurusan kes lanjut bagi kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis sebelum pendengaran saman pemula itu.

Pada 13 November lepas, Mahkamah Persekutuan memerintahkan saman pemula Anwar itu dihantar semula ke Mahkamah Tinggi selepas membenarkan rayuan presiden PKR itu untuk mengekalkan saman pemulanya untuk didengar meritnya.

Anwar menfailkan saman pemula itu bagi mencabar kesahihan MKN dari segi perlembagaan yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2016, tetapi ianya ditolak oleh Mahkamah Tinggi atas alasan cabaran undang-undang itu sepatutnya difailkan di Mahkamah Persekutuan kerana ia melibatkan kompetensi legislatif oleh Parlimen.

Perkara 4 (4) Perlembagaan Persekutuan menyebut prosiding untuk mendapatkan penetapan bahawa sesuatu undang-undang adalah tidak sah tidak boleh dimulakan tanpa kebenaran hakim Mahkamah Persekutuan.


Anwar gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan yang ditolak pada 6 November 2017 dan pada Mac tahun ini Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepadanya untuk merayu terhadap keputusan itu.

Dalam saman sivil yang dikemukakannya pada 2 Ogos 2016, Anwar mendakwa pelaksanaan Akta MKN 2016 adalah bercanggah dengan perlembagaan dan terbatal, beliau menamakan MKN dan kerajaan sebagai defendan pertama dan kedua.

Beliau memohon operasi Akta MKN diberhentikan dan dikembalikan kuasa untuk memberi perkenan kepada Yang di-Pertuan Agong. – BERNAMA

Kategori