Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Selangor Wajib Hanya Papan...

SHAH ALAM - Semua papan tanda jalan di negeri Selangor wajib menggunakan hanya...

Hampir 3,000 Individu Sudah...

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menyaring 2,863 individu menerusi tujuh program...

Lelaki Maut Dirempuh Kereta...

SITIAWAN - Seorang pekerja membaiki jalan maut dirempuh sebuah kereta semasa kerja-kerja membaik...

Isu IS: Mat Sabu...

ALOR SETAR – Pas Kedah membidas tuduhan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad...

Samun Di Kuchai Lama: Suspek Bekas Tahanan Poca

KUALA LUMPUR — Suspek lelaki yang ditahan dalam kejadian samun kedai emas dan mengakibatkan lima penjenayah ditembak mati di sebuah pasar raya di Kuchai Lama di sini, semalam merupakan bekas tahanan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata suspek berusia 22 tahun yang direman sehingga Sabtu mempunyai rekod jenayah POCA di Terengganu dan berasal dari Teluk Panglima Garang, Selangor.

“Identiti lima lagi rakan suspek yang ditembak mati pula sedang dikenalpasti melalui cap jari, kita jangka ini akan diperoleh esok.

“Kesemua mereka yang ditembak mati ini tidak membawa kad pengenalan mereka kerana tidak mahu identiti diketahui,” katanya selepas Program Kepolisan Berprofil Tinggi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kereta jenis Mercedes yang digunakan dalam kejadian itu merupakan kereta curi di Bandar Kinrara, Puchong tahun ini.

“Kereta Mercedes itu menggunakan nombor pendaftaran palsu manakala sebuah lagi kereta jenis Perodua Myvi merupakan kereta sewa.

“Polis sedang mengenalpasti kereta Perodua Myvi itu disewa atas nama siapa,” katanya sambil menambah dalam kejadian itu suspek melarikan dua beg berisi barang kemas namun jumlah masih disiasat.


Semalam, lima daripada enam penjenayah bersenjatakan kapak, parang dan pistol yang menyamun kedai emas di sebuah pasar raya di Kuchai Lama di sini mati ditembak dalam kejadian berbalas tembak dengan polis.

Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata hanya 29 laporan dan maklumat judi haram diperoleh daripada orang awam sejak bilik gerakan khas judi haram dilancarkan pada 21 Julai lepas.

“Kami mahu masyarakat memberi maklumat mengenai judi serta jenayah lain, segera telefon pihak polis jika melihat kejadian jenayah,” katanya.

Pada majlis itu, Polis Kuala Lumpur mengedarkan beg tertera nombor telefon balai polis di Ibu Negara bagi memudahkan orang awam membuat laporan polis sekiranya mempunyai maklumat kejadian jenayah. — BERNAMA

Kategori