Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Bila #MrNotPerfect Nak Cari...

ENTAH apa yang berlegar di kepala individu ini sehingga dia tergamak memuat naik satu...

Gula-Gula Berbentuk Kemaluan Lelaki...

KIRA-KIRA 7,200 paket gula-gula jenama Dragon Sweets yang diimport dari China telah ditarik...

Jualan Kenderaan Ford Naik...

KUALA LUMPUR - Jualan kenderaan Ford pada November melonjak 32 peratus berbanding tahun...

Goldman Sachs, Kerajaan Muktamad...

NEW YORK - Goldman Sachs Group Inc dan kerajaan Malaysia memeterai perjanjian bagi...

Sanchez Terpaksa Berehat Panjang

MANCHESTER – Bintang Manchester United, Alexis Sanchez dijangka terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan hamstring yang serius pada sesi latihan hari ini, kata pengurus Jose Mourinho.

Penyerang antarabangsa Chile itu belum menjalani ujian imbasan untuk mengesahkan tahap kecederaannya itu, namun Mourinho menjangkakan ia adalah kecederaan otot agresif yang menyaksikan pemain berusia 29 tahun itu menjerit menahan kesakitan.

“Belum menjalani ujian imbasan. Tapi pemain itu tahu berkenaan tahap kecederaannya,” kata Mourinho pada sidang media menjelang kunjungan ke Southampton untuk saingan Liga Perdana Inggeris esok.

“Berdasarkan pengalaman saya, ia akan memakan masa yang lama untuk pulih,” katanya.

Mourinho berkata, kecederaan dihadapi Sanchez itu lebih parah berbanding masalah hamstring dialami pertahanan, Victor Lindelof ketika bertemu Crystal Palace, Sabtu lalu yang menyaksikannya tidak dapat beraksi sehingga perayaan Krismas.

“Ia bukan kecederaan yang boleh pulih dalam tempoh seminggu atau 10 hari,” katanya. – Reuters

Kategori