Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tidak Ada Larangan Operasi...

PUTRAJAYA - Tiada larangan atau penangguhan operasi perkhidmatan penerbangan Lion Air di Malaysia...

MSN Melaka, Badan Menembak...

MELAKA - Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka dan Persatuan Menembak Melaka menjalinkan kerjasama...

SUV Terhumban: Bapa Mangsa...

BUKIT MERTAJAM - Bapa kepada Moey Yun Peng, 20, memberitahu Mahkamah Majistret di...

MOTAC Mahu KDN Pertimbang...

KUCHING - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN)...

Sarawak Pertahan Proses Ukur Tanah Adat, Elak Telagah

KUCHING – Sarawak hari ini mempertahankan proses ukur Tanah Adat Hak Bumiputera (NCR) sebagai bukan sahaja mampu menyelesaikan masalah geran tanah dalam kalangan masyarakat tetapi juga mengelakkan pertelagahan pada masa depan.

Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif berkata sehubungan itu, proses tersebut harus diteruskan kerana isu pemilikan tanah turut melibatkan generasi akan datang.

Bercakap pada sidang media di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini, Len berkata pada 2010 kerajaan persekutuan pada masa itu memperuntukkan kira-kira RM200 juta bagi kerja mengukur tanah NCR yang menelan belanja sekitar RM20 juta setahun.

“Setakat ini katanya kami telah gunakan lebih RM160 juta dan sebahagian kerja ukur tanah masih berjalan,” katanya menambah kerajaan negeri kesal dengan tindakan kerajaan persekutuan yang tidak memberi peruntukan untuk tujuan tersebut dalam belanjawan yang dibentangkan awal bulan ini.

Beliau juga mendakwa RM4.5 bilion yang diperuntukkan kepada Sarawak dalam belanjawan itu mungkin peruntukan untuk Lebuhraya Pan Borneo.

Sebelum ini, Menteri Kerja Raya Baru Bian menjelaskan kerajaan persekutuan Pakatan Harapan tidak menyediakan peruntukan khusus untuk perkara berkaitan tanah memandangkan tanah berada bawah bidang kuasa kerajaan negeri. – BERNAMA

Kategori