Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pengundi Hantu Tidak Wujud,...

KUALA LUMPUR - Istilah pengundi hantu sebenarnya tidak wujud dan hanya satu propaganda...

Proses Gali Tanah Berperingkat...

BATANG KALI : Proses penggalian tanah runtuhan menggunakan jentera pengaut di tapak perkhemahan...

Israel Tidak Akan Henti...

BAITULMUQADDIS – Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman memberitahu rakan sejawatnya, dari Jerman kelmarin...

Analisis Liew Chin Tong...

KUALA LUMPUR - Analisis Anggota DAP, Liew Chin Tong mengenai perancangan strategik Datuk...

Sasaran 1 Juta Rumah Mampu Milik Dalam 10 Tahun Mampu Dicapai

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan percaya akan mencapai sasaran untuk membina sejuta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun dengan anggaran 100,000 unit setiap tahun, seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) semasa pilihan raya umum ke-14 yang lepas.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata anggaran itu boleh dicapai berdasarkan peruntukan yang telah disediakan serta melihat kepada kemajuan projek-projek perumahan yang sedang rancak berjalan hasil kerjasama kerajaan negeri dan pihak swasta.

“Malah kita juga sedang berusaha membina satu sistem big data yang boleh mendapatkan satu gambaran dan unjuran keperluan perumahan Malaysia kerana dengan adanya unjuran yang lebih tepat maka kita mempunyai penyediaan untuk perumahan akan datang akan lebih tepat.

“Jadi tidak berlaku situasi seperti sekarang dimana rumah lebih daripada pembeli dan kategori dan lokasi yang tidak bersesuaian,” katanya dalam sesi Waktu-waktu Pertanyaan Menteri Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang ingin tahu adakah sasaran kerajaan untuk membina rumah milik mencukupi dengan permintaan rakyat ketika ini.

Zuraida berharap dengan kajian semula yang dijalankan itu akan dapat menyelaras dan memperkukuhkan usaha kementerian untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. – BERNAMA

Kategori