Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Annuar Musa Arah UniKL...

KUALA LUMPUR - Pro-Canselor Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Tan Sri Annuar Musa mengarahkan...

K’jaan Jamin 359 Rumah...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan 359 Rumah Kekal Baharu (RKB) untuk mangsa...

Luiz Suarez Dinobat Penjaring...

BARCELONA - Luis Suarez menerima anugerah Kasut Emas selaku penjaring terbanyak di Eropah...

Inkues Adib: Mahkamah Koroner...

KORONER dan pihak terlibat dalam inkues bagi menyiasat punca kematian anggota bomba Muhammad...

“Saya Akan Kembali Semula Dengan Kejayaan Di Sepang”

SEPANG – Pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin berazam kembali semula ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dengan kejayaan menaiki podium selepas menduduki tempat ke-23 pada perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2018 hari ini.

Adam, 20 yang mewakili pasukan Petronas Sprinta Racing musim ini akan menyertai Kejuaraan Remaja di Sepanyol (CEV) dalam kelas Moto2 bermula musim 2019.

Anak muda itu yang menamatkan perlumbaan hari ini dengan catatan masa 40 minit 12.186 saat (s), berkata beliau telah memberikan yang terbaik dalam keadaan dirinya yang agak keletihan.

“Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana bagi saya semangat dan kemampuan lagi untuk berlumba kerana sejujurnya saya memang tidak larat. Semalam adalah hari yang sukar buat saya dan ditambah lagi terpaksa bermula dari laluan pit.

“Banyak kali saya hampir ke podium…kali ni saya benar-benar berusaha dan tidak kisah apa yang bakal berlaku. Tinggal lagi tiga pusingan saya sudah tidak dapat rasakan tangan kiri saya sebab dari awal lagi saya sudah memberikan tenaga sepenuhnya (dan) akhirnya saya tidak jangka saya akan terbabas,” katanya kepada pemberita selepas perlumbaan di sini.

Pada perlumbaan hari ini, anak muda kelahiran Johor itu memiliki peluang menaiki podium apabila beliau yang memulakan perlumbaan di laluan pit menampilkan tunggangan jitu untuk mengejar sehingga pada satu ketika berjaya berada di tempat ketujuh.

Bagaimanapun pada pusingan ke-15, Adam yang berada di tempat ke-13 terbabas setelah gagal mengawal jenteranya sebelum dibenarkan berlumba semula, sekali gus menutup peluangnya untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan terbaik.


“Saya harap pada masa akan datang saya dapat pergi ke podium. Saya tidak akan menyerah kalah. Satu hari saya akan datang semula ke sini untuk capai apa yang selama ini saya inginkan,” ikranya.

Sementara itu, Jorge Martin daripada pasukan Del Conca Gresini Moto3 yang memulakan perlumbaan di petak pertama mengungguli saingan Moto3 sekali gus meraih kejuaraan dunia sulungnya.

Sementara itu, dua penunggang Itali daripada pasukan Leopard Racing, Lorenzo Dalla Porta dan Enea Bastianini masing-masing berpuas hati di tempat kedua dan ketiga. – BERNAMA

Kategori