Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

BN Jaga Kebajikan Masyarakat...

JEMPOL - Kebajikan masyarakat luar bandar dijaga dengan lebih baik di bawah pentadbiran...

Anggota Tentera Ditahan Bantu...

LAHAD DATU - Polis malam tadi menahan seorang anggota tentera bagi membantu siasatan...

Sejuta Kematian Akibat Covid-19...

NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB), Antonio Guterres menyifatkan jumlah kematian...

Lombong Tembaga Lama Tarikan...

MONTEVIDEO - Lombong tembaga terbiar di wilayah tenggara Maldonado menjadi daya tarikan pelancong...

Saya Sedia Diambil Tindakan – Shamsul Iskandar

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Hang Tuah Jaya Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin bersedia diambil tindakan susulan penularan gambar yang mendakwa beliau menyalah guna kenderaan rasmi kerajaan untuk ke pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batu Pahat, Johor baru-baru ini.

“Saya tiada masalah, lagipun saya sudah biasa mendapat surat amaran…saya berkata bahawa prinsip dalam politik kita tidak boleh menyalahgunakan aset kerajaan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Shamsul Iskandar berkata terserah kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) untuk mengambil tindakan, namun beliau menjelaskan bukan disengajakan.

Mengulas lanjut, Timbalan Menteri Industri Utama itu berkata ketika kejadian, beliau baharu sahaja pulang daripada tugasan rasmi dan dijemput oleh pemandu di lapangan terbang.

“Agak sukar untuk saya pulang ke rumah untuk tukar kereta lain jadi saya terus pergi ke tempat pemilihan PKR dari lapangan terbang,” katanya. — BERNAMA

Kategori