PERKONGSIAN foto imbas kembali (throwback) pelakon Nadzmi Adhwa ketika dia berusia belasan tahun mencuri perhatian pengikut di laman Instagram.
Bukan sahaja tertarik dengan wajah comelnya, malah kapsyen yang ditulis pada gambar tersebut turut dianggap lucu oleh peminat.
Menerusi muat naik tersebut, Nadzmi, 25, turut mengakui dia merupakan seorang lelaki sejati dan bukan songsang.
“Aduh, macam apa dah ni, patutlah tak ada orang nak, tak boleh ‘blah’ betul bila tengok balik zaman muka dulu.
“Terjumpa pula (gambar) ni. Adoi… Saya straight tau sumpah tak bengkang-bengkok,” tulisnya di laman tersebut.
Foto yang dikongsi itu menerima lebih 20,000 tanda suka dan hampir 500 komen pengikut.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut terhibur dengan kapsyen yang ditulis oleh pelakon drama Hati Perempuan ini dan memuji wajah ‘jambunya’ ketika usia remaja itu.
Menjawab persoalan seorang peminat, Nadzmi memberitahu gambar itu dirakam semasa dia menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Samarahan, Sarawak.
“Tergelak kami tengok gambar ni, comel dan jambu sangat. Budak baik ni.
“Ya Allah, beza betul muka dulu dengan sekarang. Ala-ala kpop macam tu! Serius comel macam hero Ada Apa Dengan Cinta,” komen netizen. – mStar Online