Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jalin Kerjasama Dengan Jepun...

TOKYO - Malaysia akan menjalin kerjasama dengan Jepun untuk memperkasakan lagi mekanisme pelindungan...

Liputan Haji Via IG...

DETIK puncak Musim Haji sudah bermula. Ratusan ribu jemaah dijangka memasuki Makkah minggu...

Pokemon Tidak Islamik: Majlis...

RIYADH - Majlis ulama tertinggi Arab Saudi semalam memperbaharui fatwa 15 tahun lalu yang...

Amaran Waspada Banjir Di...

KUALA LUMPUR – Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) hari ini menamatkan amaran cuaca...

Scania Lancar Trak Siri PGR Terakhir Di Malaysia

KUALA LUMPUR – Scania Malaysia telah melancarkan trak Scania siri PGR yang terakhir daripada barisan pemasangannya di Pusat Pengeluaran Serantau Scania di Pelabuhan Klang, menandakan berakhirnya era yang memberi ruang kepada kenderaan itu bertapak kukuh dalam industri kenderaan komersial di Malaysia.

Scania Malaysia telah mengeluarkan dan menjual lebih 2,500 unit trak Scania siri PGR sejak mula diperkenalkan di negara ini pada 2008.

“Kami mengucapkan selamat tinggal kepada siri PGR yang mengagumkan. Scania akan terus menambah baik kualiti produk dan perkhidmatan kami untuk memacu peralihan ke arah sistem pengangkutan mampan,” kata Ketua Pegawai Kewangan Scania Asia Tenggara, Eunjoo Chun, dalam kenyataan hari ini.

Dibezakan oleh saiz dan reka bentuk kenderaan itu, trak siri-P, siri-R (kedua-duanya diperkenalkan pada 2004) dan siri-G (diperkenalkan pada 2007) menawarkan prestasi berkuasa dan meningkatkan penjimatan bahan bakar yang membantu pelanggan mendapat keuntungan terbaik semasa operasi perjalanan jauh.

Sejak siri berkenaan diperkenalkan pada 2004, lebih 800,000 trak PGR telah dijual di peringkat global.

Scania Malaysia berkata pemilik trak Scania siri PGR tidak perlu bimbang kerana pemberhentian pengeluaran siri itu tidak akan memberi kesan terhadap kenderaan sedia ada dengan mereka boleh mendapatkan perkhidmatan penyelenggaraan seperti biasa di pusat servis Scania.


Chun berkata trak generasi baharu daripada Scania, akan dilancarkan dalam waktu terdekat di Malaysia, akan menandakan bermulanya era mengujakan bagi syarikat dan pelanggan.

Ia akan menawarkan penjimatan bahan bakar lebih baik, prestasi dan keselamatan kenderaan dipertingkat, fungsi keseluruhan sistem kenderaan ditambah baik dan mengurangkan pengeluaran karbon dioksida, mewarisi legasi trak Scania siri PGR, katanya. – BERNAMA

Kategori