Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Aliran Trafik Ibu Kota...

KUALA LUMPUR - Keadaan trafik di beberapa jalan utama menuju ke pusat bandar...

Sayu… Budak Mangsa Dera...

BARU-BARU ini, kita dikejutkan dengan tragedi menyayat hati apabila seorang bapa sanggup bertindak...

Bidaan Nombor Pendaftaran RR...

SEBANYAK RM12.2 juta diraih Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis menerusi bidaan nombor pendaftaran...

MB Perak Digesa Perjelas...

IPOH - Pembangkang Perak menuntut penjelasan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu...

SDP, Nestle Wujud Talian Bantuan Pekerja Ladang

KUALA LUMPUR – Sime Darby Plantation Berhad (SDP) dan Nestle hari ini mengumumkan kerjasama untuk menyediakan satu talian bantuan yang dipertingkatkan bagi membantu pekerja yang bekerja di ladang SDP di Malaysia.

Ketua Pegawai Kelestarian SDP Dr Simon Lord berkata talian bantuan itu akan menyediakan saluran berkesan untuk pekerja melaporkan mengenai keadaan kerja, pengambilan pekerja, keselamatan dan isu lain yang mungkin memberi kesan kepada mereka secara langsung atau tidak langsung melalui saluran komunikasi berteknologi.

“Kerjasama kami dengan Nestle selari dengan komitmen SDP dalam Piagam Hak Asasi Manusianya untuk ‘menyediakan akses kepada pemulihan terhadap sesiapa yang terjejas yang mana perniagaan itu menyebabkan atau menyumbang kepada kemudaratan itu’.

“Talian bantuan yang dipertingkat itu mengukuhkan prosedur menyampaikan rungutan dan saluran pemberi maklumat sedia ada kepada semua pekerja kami dan pihak luar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Talian bantuan baharu itu akan membolehkan pekerja memilih saluran yang mereka rasakan paling selesa, sama ada menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), Facebook Messenger atau talian bebas tol, tujuh hari seminggu dengan pilihan pesanan di luar waktu pejabat.


Selain itu, beliau berkata dengan adanya talian bantuan ini, SDP tidak hanya menyediakan saluran berkesan untuk para pekerjanya membangkitkan apa-apa isu tetapi apa yang lebih penting adalah untuk memastikan isu berkenaan ditangani melalui protokol yang jelas dan perhatian berterusan untuk susulan dan penyelesaian semaksimum mungkin.

“Pemantauan bebas oleh pihak ketiga akan memberikan tahap akauntabiliti yang lebih tinggi buat kami untuk bertindak atas setiap keluhan daripada pekerja kami,” katanya.

Sementara itu, dalam jangka masa panjang, SDP dan Nestle berhasrat untuk memperkenal dan mempromosikan sistem talian bantuan itu kepada pemain lain dalam industri bagi menangani cabaran dalam menguruskan isu berkaitan tenaga buruh mereka yang besar. – BERNAMA

Kategori