Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Inisiatif Sarawak Bantu Bayar...

KUALA LUMPUR - Inisiatif kerajaan Sarawak membantu pelajar dalam kalangan anak negeri itu...

Campur Tangan Asing Tak...

PUTRAJAYA - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yakin...

2 Rumah, 5 Kenderaan...

TAWAU - Dua buah rumah, tiga kereta dan dua motosikal musnah dalam kebakaran...

2,019 Mangsa Banjir Di...

Kota Bharu : Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 2,019 mangsa setakat jam...

Sebab Sebenar Netanyahu Sokong Gencatan

TINDAKAN Benjamin Netanyahu, perdana menteri rejim Zionis menyokong gencatan senjata dengan Hamas ekoran serangan di Gaza, mempunyai agenda tersendiri yang sebenarnya bertentangan dengan tanggapan yang Israel mahukan keamanan.

Netanyahu telah mula dikecam hebat ekoran tindakan ini, yang telah menyebabkan Menteri Pertahanan Zionis, Avigdor Lieberman meletak jawatan.

Perletakan jawatan beliau dianggap sebagai satu kejayaan oleh Hamas, yang meraikannya melalui kenyataan pemimpin pertubuhan itu.

Lieberman mengecam Netanyahu sebagai “pengecut” dan “mengaku kalah pada terorisme” kerana tindakan politik yang dianggap tunduk kepada Hamas itu.

Lieberman menunjukkan protes sambil meletak jawatan, selain kerana tidak bersetuju dengan Netanyahu juga kerana mahu memastikan imejnya sebagai seorang yang kuat anti-Palestin tidak terjejas.

Ini diperlukan lebih-lebih lagi kerana pilihan raya yang akan diadakan nanti. Beliau mahu imejnya kekal sebagai seorang yang berani berdepan Hamas manakala Netanyahu lemah.

Kerajaan Israel dan bukan sahaja Netanyahu dikecam kerana menerima gencatan senjata, sehingga beberapa orang menteri mengecam keputusan itu. Malah, orang ramai juga turut menentang keputusan kerajaan itu.

Politik dalaman jelas menjadi faktor dalam hal ini, kerana banyak pihak kelihatan bersungguh-sungguh mengecam Netanyahu dan melabelnya sebagai lemah dan tunduk kepada tekanan Hamas, termasuk bekas Perdana Menteri Ehud Barak.

Di media sosial, video ucapannya pada 2009 semasa menjadi pembangkang disebar, menunjukkannya berucap dengan keras mahu memusnahkan rejim Hamas.


Tetapi hakikatnya, Netanyahu mempunyai agenda sendiri, mahu sedaya upaya menghalang penubuhan sebuah negara Palestin dan meluaskan wilayah dijajah Israel.

Netanyahu telah memulakan agenda meluaskan penempatan Yahudi, sehingga pernah menjejaskan hubungan antara Israel dengan Amerika Syarikat semasa pemerintahan Barack Obama.

Di Tebing Barat dan Baitulmaqdis, Netanyahu meneruskan perluasan pendudukan Israel, membina penempatan baharu hingga sukar untuk diubah realiti di kawasan tersebut.

Tindakan agresif terhadap Baitulmaqdis juga berlaku dengan konsisten di bawah Netanyahu.

Maka Netanyahu perlu keadaan “aman” tanpa peperangan yang menarik perhatian dunia dan kecaman dunia Islam, supaya dapat melaksanakan agenda meluaskan tanah Yahudi secara perlahan-lahan.

Perluasan penempatan Yahudi di Tebing Barat dan penghapusan kediaman Palestin di Baitulmaqdis menunjukkan agenda Netanyahu ini terus dijalankan. – MEE/Mynewshub.tv

Kategori