Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

KPN Izin Syarahan Zakir...

KUALA LUMPUR - Pendakwah Islam terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Abdul Karim Naik dibenarkan...

Anak Berhati Setan Tergamak...

SEORANG ibu tidak menyangka anak kandungnya yang berusia 21 tahun tergamak melepaskan nafsu dengan...

Nafiizwan Mula Misi Pertahan...

KUALA LUMPUR – Pemain skuasy lelaki utama negara, Mohd. Nafiizwan Adnan memulakan misi...

Demam Pilihan Raya Daerah...

JAKARTA - Walaupun pilihan raya umum daerah (Pilkada) serentak bagi tujuh wilayah di...

Hujan Terburuk Sekali Dalam 100 Tahun Di Sydney

SYDNEY – Ribut membawa hujan lebat dan angin kencang melanda bandar ini semalam mencetuskan gangguan pengangkutan, selain menyebabkan banjir di jalan raya, stesen kereta api dan rumah hingga memaksa penerbangan ditunda dan ribuan penduduk terputus bekalan elektrik.

Seorang pemandu maut selepas kenderaannya terbabit dalam kemalangan ketika ribut, manakala dua anggota polis cedera parah apabila dihempap pokok ketika cuba membantu pemandu yang terkandas.

Seorang pengurus pejabat di sebelah utara Sydney, Greg Transell, memberitahu Perbadanan Penyiaran Australia (ABC), angin kencang mencetuskan keadaan kelam kabut di bahagian menara pejabat tempat dia bekerja.

“Saya cuba naik ke tingkat atas untuk melihat jika ada kerosakan apabila tiba-tiba ada bunyi hentaman kuat hingga menyebabkan bumbung sebuah gudang melambung ditiup angin,” katanya.

Biro Meteorologi Australia (BOM) memberitahu, dalam tempoh beberapa jam Sydney dilanda lebih 100 milimeter hujan, keadaan yang biasanya berlaku sepanjang bulan November di bandar itu.

“Tahap hujan itu biasanya anda boleh lihat sekali dalam tempoh 100 tahun,” kata pengurus biro negeri, Ann Farrell, kepada wartawan.

Meskipun hujan itu memberi kelegaan kepada petani yang menghadapi kemarau sejak beberapa bulan lalu, cuaca itu memberi masalah besar hingga mengganggu rangkaian pengangkutan Sydney.


Pengurusan lapangan terbang Sydney, lokasi pusat pengangkutan paling sibuk di negara itu berkata, 130 penerbangan dibatalkan atau ditunda selepas dua daripada tiga landasannya terpaksa ditutup.

“Ribut kali ini memang kuat melanda sekitar lapangan terbang. Kami beroperasi dengan satu landasan jadi memang ada penerbangan ditunda dan ada yang dibatalkan,” kata jurucakap lapangan terbang, Cait Kyann.

Sementara itu, pembekal elektrik terbesar, Ausgrid berkata, ribut yang melanda memutuskan bekalan bagi 8,100 pelanggan di Sydney dan kawasan Central Coast di sebelah utara.

Sehingga tengah hari, sebanyak 1,700 kediaman dan premis perniagaan masih belum mendapat semula bekalan elektrik. – Reuters/myMetro Online

Kategori