Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Dadah: 52 Ditahan Dalam...

SUNGAI PETANI - Polis menahan seorang pengedar dadah bersama 51 yang lain dalam...

PH Mahu Jadikan Malaysia...

SIKAP Pakatan Harapan (PH) terhadap institusi Kesultanan Melayu dan sistem raja berperlembagaan sudah...

Penyelidik USM Cipta Konkrit...

GEORGE TOWN - Sekumpulan penyelidik Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan Universiti Sains...

AFF Akan Siasat Dakwaaan...

HANOI - Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung jumlah...

Selain Sentinel, Ini 5 Puak Terasing Dikenali Di Dunia

KEJADIAN seorang pendakwah Kristian dari Amerika Syarikat, John Allen Chau dibunuh oleh anggota puak yang terasing di Pulau Sentinel Utara telah menarik perhatian pada puak terasing lain di dunia.

Puak Sentinel itu tidak mempunyai imuniti kepada penyakit biasa seperti flu, dan pendedahan kepada orang asing boleh membahayakan mereka, menurut Survival International, sebuah badan pengkaji hak penduduk asli.

Berikut lima puak terasing lain yang diketahui wujud di dunia.

Awá (Brazil)

Disebut sebagai puak paling terancam di dunia, sekitar 100 daripada 600 ahli puak ini masih hidup berpindah-randah di hutan Amazon dekat sempadan Brazil dan Peru, menurut satu laporan National Geographic tahun ini.

Mereka sentiasa menghadapi ancaman pembalakan haram dan kebakaran hutan, sehingga mendorong satu puak lain, Guajajara, melindungi mereka sebagai “Penjaga Hutan.”

Mashco Piro (Peru)

Puak ini antara 15 yang terasing di Peru, yang kesemuanya berdepan ancaman industri balak dan minyak.

Walaupun mahu terus hidup secara terasing, mereka semakin terbuka kebelakangan ini. Secara tradisi, mereka memburu dan mengumpul telur penyu, dan dianggarkan hanya berjumlah kurang 800 orang.

Kawahiva (Brazil)


Digelar “orang pendek” atau “orang kepala merah” oleh puak lain, mereka terpaksa hidup nomad akibat tekanan penghapusan hutan akibat pembalakan di Amazon Brazil.

Mereka amat terasing dan tidak banyak yang diketahui tentang mereka. Puak ini memburu dan pandai membina tangga yang kompleks menaiki pokok tinggi bagi memungut madu lebah. Mereka dianggarkan hanya tinggal 30 orang.

Ayoreo (Paraguay)

Puak ini tinggal di hutam Chaco, hutan besar yang lain selain Amazon, mungkin puak terasing terakhir di luar Amazon, lapor Reuters pada Ogos lalu.

Mereka melarikan diri tetapi pernah menyerang jentolak – digunakan oleh pembalak – yang mereka gelar “haiwan ganas berkulit besi.” jumlah yang tinggal amat sedikit selepas konflik dan penyakit akibat pertemuan dengan orang luar termasuk pendakwah.

Yanomami (Venezuela)

Puak Yanomami sudah beribu tahun hidup di hutan dari selatan Venezuela ke utara Brazil, dan dilaporkan Washington Post berjumlah 40,000 orang pada 2014.

Selain ancaman perlombongan emas, mereka juga terancam akibat kekurangan bantuan perubatan. Satu wabak demam campak menjangkiti 500 orang menjejaskan survival mereka. – Tribune

Kategori