Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Masyarakat Dayak Balik Kampung...

SIBU - Walaupun cuti sekolah belum bermula, masyarakat Dayak yang menyambut perayaan Hari...

Peranan Media Dihargai Dalam...

KANGAR - Sumbangan media membantu mempromosikan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui penulisan dan...

JPJ Kesan Tonto Lindungi...

SEPANG - Kegiatan ‘ulat teksi’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan...

Saya Cari Alasan Tinggal...

PELAKON dan penyanyi popular dari negara seberang, Bunga Citra Lestari mengakui jika mendapat...

Seleweng Sejarah Untuk Nafi Kedudukan Islam

PERKEMBANGAN berkaitan usaha menolak ketuanan Melayu di Malaysia kebelakangan ini, atau lebih tepat lagi selepas 9 Mei lalu, berakar umbi dari satu sentimen ekstrem golongan yang anti-Melayu.

Apa yang dinyatakan oleh mereka, bekas ketua Hindraf, Waytha Moorthy dan M Kulasegaran mengenai orang Melayu dan terutama tentang pemerintahan Islam di Malaysia mencerminkan asas pemahaman mereka.

Mereka bukan sahaja mempertikaikan kedudukan istimewa Islam dan Melayu di Tanah Melayu ini, tetapi juga menolak seluruh sejarah berhubung bangsa Melayu di seluruh wilayah Nusantara ini.

Dalam pemahaman popular yang tersebar di kalangan kelompok tertentu, mereka meyakini bahawa orang Melayu ialah pendatang dan mereka terlebih dahulu menjadi tuan di kawasan ini.

Inilah yang terus disebarkan dan diperkukuhkan dalam kalangan mereka, hingga Waytha Moorthy dan Kulasegaran berani membuat dakwaan seperti didedahkan dalam video yang tular.

Tanpa pemahaman sejarah yang diselewengkan itu, mereka tidak dapat membuat dakwaan mereka yang melampau itu, kerana tidak ada sejarah yang dapat membenarkannya.

Maka maklumat pseudo-sejarah itu dijandikan sandaran agar dakwaan mereka boleh disertakan rujukan yang kononnya dari sumber berautoriti.

Inilah yang menjadi pegangan kelompok ektremis Buddha yang mengganas di Myanmar terhadap orang Islam etnik Rohingya.

Mereka mendakwa seluruh rantau ini asalnya didiami penduduk Buddha dan agama ini sudah menjadi agama yang diterima di seluruh pelusuk rantau ini.


Dakwa mereka lagi, Islam datang kemudian dan “merampas” tanah asal Buddha hingga akhirnya menjadi majoriti dan meletakkan Islam sebagai agama negara.

Mereka memberikan contoh Malaysia sebagai wilayah yang asalnya didiami penduduk Buddha tetapi akhirnya menjadi sebuah negara Islam.

Pemahaman salah seperti inilah yang tersebar di kalangan pembenci orang Melayu di negara ini, yang komen-komen mereka sudah semakin banyak didedahkan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.

Maka tidak hairanlah mereka semakin berani membuat dakwaan-dakwaan palsu, dan pada masa yang sama mempertikaikan dan menolak kedudukan Islam dan Melayu di negara ini.

Kemenangan Pakatan Harapan yang mereka pimpin dan sokong menambahkan lagi semangat mereka untuk mencabar kedudukan Islam.

Hanya tindakan tegas dan penyatuan kalangan umat Islam boleh menyekat keangkuhan mereka ini, yang semakin hari semakin sombong dan angkuh. – Mynewshub.tv

Kategori