Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PAS Sokong Persempadanan Semula...

KUALA LUMPUR - PAS mengumumkan sokongan ke atas persempadanan semula Bahagian Pilihan Raya...

Annuar Dakwa MARA Akan...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa Majlis Amanah...

Bunuh, Bakar Kekasih Hamil:...

Mahkamah Tinggi di Klang hari ini membenarkan permohonan seorang pemuda didakwa membunuh kekasihnya...

Suami, Isteri Sarat Mengandung...

ALOR GAJAH - Seorang wanita sarat mengandung tujuh bulan dan suaminya maut apabila...

Semua Peranan Semarak Semangat Cintakan Negara

KUALA LUMPUR — Tanggungjawab menyemarakkan semangat cintakan negara bukan sahaja dipikul kerajaan tetapi memerlukan kerjasama strategik daripada semua pihak, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Beliau berkata ini bertujuan menghasilkan program-program berimpak tinggi yang memberi kesan kepada masyarakat.

“Pihak kerajaan sebagai peneraju utama sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bertanggungjawab dalam merancang acara-acara yang bersesuain dengan sambutan agar dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Berucap pada program Pengukuhan Jaringan Strategik Merdeka KKMM di sini malam ini, beliau melahirkan rasa bangga dengan komitment dan semangat bekerjasama tinggi yang diberikan oleh semua pihak.

“Tanpa anda semua, sambutan ini tidak akan memberi impak yang tinggi kerana walau sekecil-kecil tugasan, ia tetap memberi kesan kepada sesuatu kejayaan program,” katanya.

Merujuk sambutan Bulan Kebangsaan 2018 suatu yang membanggakan susulan perubahan pentadbiran kerajaan Malaysia Baharu pimpinan Pakatan Harapan, Gobind berkata seluruh jentera berganding bahu menjayakan program tahunan itu dalam masa yang singkat.

Katanya selepas PRU14 diadakan pada Mei lepas, sambutan utama Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018 melakar sejarah tersendiri kerana Malaysia bagai dilahirkan semula dengan semangat Malaysia Baharu.

“Syabas dan Tahniah kepada seluruh jentera sambutan yang terdiri daripada pihak Kerajaan, Swasta, pihak NGO, pengamal media dan orang awam telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan sambutan kebangsaan pada tahun ini,” katanya.

Melahirkan rasa bangga dengan semangat semua pihak, beliau berkata program yang diadakan sepanjang Bulan Kebangsaan 2018 disertai seramai dua juta orang.


Antara program yang diadakan termasuklah pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Padang Kota Lama, Pulau Pinang, Kembara Merdeka Jalur Gemilang seluruh Malaysia dan kemuncak program perarakan dan perbarisan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya.

“Di kesempatan ini, saya merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat tidak kira daripada Agensi Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri, Pihak Swasta, Badan Bukan Kerajaan, Rakan-rakan Strategik serta rakan-rakan media dan sukarelawan yang telah bertungkus- lumus menjayakan program-program Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini,” katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith, Ketua Setiausaha KKMM Datuk Dr Mohd Ali Mohammad Nor, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA Datuk Zakaria Abdul Wahab serta ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat menjayakan program dan sambutan Bulan Kebangsaan 2018.

Program Pengukuhan Jaringan Strategik Merdeka KKMM 2018 malam ini, adalah sebagai tanda penghargaan dan memperkukuh jaringan kerjasama rakan strategik antara pelbagai pihak yang terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018.

Memasuki tahun keenam penganjurannya, kira-kira 1,500 orang terdiri daripada pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, sektor swasta, agensi media, pertubuhan bukan kerajaan serta sukarelawan.

Gobind turut melancarkan buku mewah “Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018” iaitu koleksi foto berinformasi sepanjang sambutan tahun itu terbitan Jabatan Penerangan Malaysia.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu turut menyampaikan hadiah dan sijil kepada pemenang Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2018 yang berlangsung pada 1 Ogos hingga 16 Sept, yang menerima 2,054 penyertaan dari seluruh negara. – BERNAMA

Kategori