Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Rogol Budak, Penghantar Barang...

MUAR: Penghantar barang dipenjara 18 tahun dan 10 sebatan selepas Mahkamah Tinggi menolak...

Malaysia Mahu Kurangkan Pinjaman...

TOKYO – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Malaysia tetap menjalinkan hubungan...

Wajarkah Sesi Sekolah Dilanjutkan...

KUALA LUMPUR - Keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk melanjutkan sesi persekolahan 2021 hingga...

Wanita Cuba Ugut Pemain...

CUBAAN seorang wanita untuk memeras ugut seorang pemain hoki terkenal, Jaromir Jagr, 43,...

Harap Tiada Lagi Gangguan Terhadap Kerajaan Sabah

KOTA KINABALU – Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang hari ini diisytiharkan sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah oleh Mahkamah Tinggi di sini, berharap tiada lagi gangguan terhadap pentadbiran kerajaan baharu negeri Sabah untuk membangunkan dan membela rakyat.

Bercakap kepada pemberita selepas mahkamah membuat keputusan itu, Mohd Shafie berkata gangguan terhadap kelancaran pentadbiran kerajaan negeri boleh membantutkan pelbagai usaha pembangunan negeri, termasuk keyakinan pelabur.

“Hala tuju kami adalah untuk membangunkan Sabah dan membela rakyat. Ini yang penting. Saya berharap jangan ada lagi pihak-pihak tertentu mempunyai tanggapan berbagai sehingga dapat melambatkan (proses pentadbiran kerajaan negeri),” katanya.

Mohd Shafie, yang dijadual membentangkan Belanjawan Sarawak 2019 pada Jumaat (9 Nov) ini, berharap pihak pembangkang dapat memainkan peranan yang efektif dengan memberi teguran membina kepada kerajaan negeri pimpinan Parti Warisan Sabah, Pakatan Harapan dan UPKO.

Berhubung keputusan Hakim Datuk Yew Jen Kie itu, beliau berharap semua pihak menerima keputusan mahkamah dengan baik dan memberi tumpuan terhadap pembangunan Sabah.

Sebaik keluar dari bangunan mahkamah, Mohd Shafie disambut ratusan penyokongnya, khususnya kalangan anggota Warisan, yang bersorak gembira atas keputusan mahkamah itu. – BERNAMA

Kategori