Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

3 Mangsa Culik Abu...

TAWAU - Tiga rakyat Malaysia yang diculik kumpulan militan Abu Sayyaf dan dibebaskan...

Singapura Nafi Jumpa Azmin...

KANTOI... Semalam Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bangga dakwa...

Berakhirnya Era Pasangan Peng...

Selepas 13 tahun digandingkan bersama, pasangan beregu campuran badminton negara Chan Peng Soon-Goh...

11,000 Karton Rokok Seludup...

Kota Bharu : Polis merampas 11,000 karton rokok jenama Saat yang dipercayai diseludup...

Singapura Haram Buku Islam Malaysia

TEGAS… Kerajaan Singapura haram tiga buku agama Islam kerana mengandungi “pandangan eksklusif atau ekstremis yang galak permusuhan di kalangan masyarakat agama berbeza-beza”.

Menurut kenyataan pihak Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), dua judul daripada buku yang diimport tersebut juga didakwa mahu promosi gejala perpecahan antara masyarakat Islam tempatan sendiri.

Ajaran dan ideologi dalam buku itu “merugikan keharmonian dan perhubungan antara kaum di Singapura” serta telah diklasifikasikan sebagai penerbitan yang dilarang dijual di bawah Akta Penerbitan Tidak Dikehendaki.

“Pemerintah Singapura mempunyai tahap toleransi sifar terhadap individu atau penerbitan dengan tujuan untuk hasut permusuhan atau keganasan dalam kalangan kumpulan agama yang berbeza di republik ini.

“Oleh itu, telah memutuskan untuk melarang penerbitan ini,” menurut kenyataaan media MCI itu lagi. Dalam satu kenyataan berasingan, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menjelaskan ia sudahpun buat penilaian menyeluruh.

Ketiga-tiga buku itu diterbitkan antara tahun 2000 dengan 2013. Menurut MUIS, tiga buku tersebut “menganjurkan pandangan bermasalah dan ekstremis” serta “menggalakkan budaya kekerasan” dalam kehidupan warga tempatan.

Penerbitan-penerbitan asing berkenaan malahan didapati cuba mempromosikan idea berbahaya yang lazim diedarkan secara luas dalam kalangan golongan radikal “bagi maksud menghalalkan jenayah dan keganasan”.

Ini, menurut MUIS, bertentangan dengan pemahaman dan amalan Islam yang aman, sederhana dan sederhana dalam konteks masyarakat yang berbilang budaya, dan berbahaya kepada kehidupan sosio-agama di Singapura.

Buku pertama diharamkan kerajaan Singapura tersebut bertajuk “Things That Nullify One’s Islaam”, yang ditulis oleh Shaykh al-Islaam Muhammad ibn ‘Abdil-Wahhaab dan diterbitkan di Toronto, Kanada pada tahun 2013.

Menurut MUIS, kandungan penerbitan berkenaan didapati “menggalakkan amalan kebencian dan permusuhan terhadap orang bukan beragama Islam” yang secara kebetulan pula merupakan penduduk majoriti di Singapura.


Penulisnya juga antara lain berpandangan bahawa seorang Muslim akan dianggap sebagai murtad atau terkeluar daripada akidah Islam jika dia didapari membantu atau memaparkan rasa cinta terhadap orang bukan Islam.

Buku kedua bertajuk “What Islam Is All About” oleh Yahiya Emerick, iaitu sebuah buku teks pelajar diterbitkan di Kuala Lumpur Malaysia. Pengarangnya antara lain mengusulkan pentingnya menubuhkan sebuah negara Islam.

Beliau menuduh kononnya para pemimpin Islam sebagai “munafik dan hamba kepada orang Kristian”. Pandangan sedemikian, tegas MUIS, mampu bangkit kebencian dan semangat permusuhan terhadap dunia Barat oleh pembaca.

Penerbitan ketiga bertajuk “The Wisdom of Jihad” oleh Abuhuraira Abdurrahman diterbitkan Perniagaan Jahabersa di Johor Bahru, Malaysia pada 2000. Dalam tulisannya, penulis desak umat Islam untuk lancar jihad bersenjata.

Ia khusus terhadap orang bukan Islam dan orang Islam yang tidak selaras dengan pandangannya mengenai Jihad. Pengharaman tiga buku itu berkuat kuasa serta-merta dan orang ramai yang ada bahan itu perlu serah kepada polis.

Tahun lalu, Singapura turut haram empat judul buku berkaitan Islam dari Indonesia dan sembilan karya pendakwah tempatan, Rasul Dahri yang kini menetap di Malaysia kerana didakwa sebagai ekstrem. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori