Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penduduk Islam AS Rasa...

WASHINGTON - Retorik anti-Islam yang disuarakan berulang kali oleh calon presiden Republikan, Donald...

Info ā€˜Kepala Ributā€™ Adalah...

PETALING JAYA ā€“ Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menafikan maklumat cuaca berkenaan ā€˜kepala ributā€™ yang...

Keldai Cuba Makan Kereta...

LAZIMNYA kes saman akan berlaku antara manusia dan jarang pula dikenakan terhadap haiwan,...

Norzizi Habis PhD Demi...

DALAM keadaan bapa sedang sakit, pelakon dan pengarah Norzizi Zulkifli tetap gigih meneruskan...

Singapura Wajib Kotak Rokok Lebih Ngeri

TEGAS… Semua produk tembakau di Singapura akan dijual dalam bungkusan yang papar amaran kesihatan lebih besar dan ngeri, meliputi sekurang-kurangnya 75 peratus daripada pek berkenaan.

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengumumkan bahawa bungkusan yang diselaraskan bagi produk sedemikian akan dijual sebagai sebahagian usaha menjadikan republik itu sebuah masyarakat bebas tembakau.

Langkah-langkah tegas yang dicadangkan tersebut merangkumi semua jenis produk tembakau termasuk rokok, rokok gulung dan cerut, menurut kenyataan MOH dipetik stesen penyiaran milik pemerintah Channel NewsAsia.

Kementerian berkenaan malah merancang untuk membentangkan kepada parlimen pindaan terhadap rang undang-undang sedia ada pada tahun depan. Jika diluluskan, perubahan itu mungkin berkuat kuasa bermula tahun 2020.

Satu tempoh peralihan disediakan – antara waktu pengilang hasil kotak diselaraskan dan peruncit perlu jual semua bekalan baharu itu selepas stok versi lama dapat habis dijual bagi meringankan beban pelaksanaan langkah itu,

“Tembakau adalah punca utama masalah kesihatan dan kematian di Singapura.Ā Lebih 2,000 warga republik itu direkodkan maut pada setiap tahun akibat penyakit berkaitan dengan tabiat merokok.

“Bagaimanapun gejala hisap rokok setiap hari dalam kalangan warga Singapura dikesan sering berubah-ubah sejak tahun 2004, tanpa trend menurun yang agak kekal,” tambah kenyataan kementerian tersebut.

Di bawah saranan terbaru itu, semua logo, warna, imej jenama dan maklumat promosi akan ditiadakan daripada bungkusan produk tembakau, yang hanya boleh dijual dalam warna yang diselaraskan dan tidak berkilat.

Nama jenama dan produk dibenarkan tetapi dalam warna dan jenis tulisan yang diselaraskan.Ā Produk juga harus papar amaran kesihatan lebih besar dan ngeri yang meliputi 75 peratus bungkusan, berbanding 50 peratus sekarang.


“Australia, Perancis dan Britain sudah memperkenalkan langkah-langkah serupa.Ā Menurut penilaian pemerintah, perubahan pengambilan tembakau boleh berubah jika produk dilihat seperti kurang menarik,” tambah MOH.

MOH menyatakan perubahan disarankan adalah hasil semakan luas di peringkat setempat dan antarabanga serta tiga pusingan maklum balas awam. Ia menekankan perubahan itu perlu demi “capai penurunan yang mampan”.

Perubahan dicadangkan juga melengkapi langkah pengawalan tembakau sedia ada di Singapura dan elak mereka yang tidak merokok daripada memulakan tabiat itu. Ini juga akan galak perokok amal gaya hidup bebas tembakau.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengucapkan tahniah kepada kerajaan Singapura atas keputusan beraninya dalam memperkenalkan bungkusan bahan tembakau yang diselaraskan lebih tegas.

Agensi berita tempatan, MediaCorp melaporkan, WHO menyatakan langkah itu mengesahkan kedudukan Singapura sebagai teraju global dalam kawalan tembakau dan perlindungan kesihatan.Ā – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori