KUALA LUMPUR — Sekumpulan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkunjung lagi ke kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta di sini bagi mendapatkan keterangan kes.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki mengesahkan perkara itu bagaimanapun berkata tiada sebarang serbuan dibuat di kediaman bekas Perdana Menteri itu.
Beliau berkata SPRM menghantar pegawainya ke rumah Najib hanya bagi mendapatkan maklumat keterangan kes untuk membantu siasatan.
“Ada suatu siasatan namun saya tidak bercadang untuk mendedahkannya,” katanya kepada Bernama dan enggan mengulas lanjut apabila diminta .
Lima buah kenderaan yang dinaiki anggota SPRM dilihat memasuki pekarangan rumah anggota Parlimen Pekan itu pada pagi ini dan beredar pada kira-kira jam 12.30 tengah. — BERNAMA