Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Peserta Malaysia Berjaya Laksana...

SAO PAULO - Bunyi siren dan tepukan menandakan berakhirnya tugasan 20 peserta Malaysia...

Cubaan Lelaki Seludup Benih...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki tempatan berusia 62 tahun ditahan kerana cuba menyeludup...

Padah Cuba Curi Duit...

SEORANG pencuri nampaknya tidak bernasib baik apabila cubaannya untuk mencuri wang milik `tugu...

Ranil Wickremesinghe Dilantik Pemangku...

COLOMBO – Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe dilantik sebagai pemangku presiden selepas...

SPRM Siasat Dakwaan Pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berkaitan dakwaan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

SPRM dalam kenyataan hari ini menjelaskan Suruhanjaya itu telah meneliti dokumen asal laporan untuk dibandingkan dengan draf akhir yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara.

“Sehubungan itu, SPRM akan memanggil beberapa saksi bagi memberi keterangan dan membantu siasatan berkaitan isu itu dalam tempoh terdekat,” menurut kenyataan itu.

Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad dalam satu kenyataan hari ini mendedahkan bahawa Laporan Akhir Pengauditan 1MDB telah diubah dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tahu mengenainya. – BERNAMA

Kategori