Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri Didakwa Tawarkan...

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan isterinya didakwa di dua...

Khairul Hafiz Harap Kekal...

KUALA LUMPUR – Pelari terpantas Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan mahu menggunakan Kejohanan...

Che Ta Pentingkan Penampilan,...

ROZITA Che Wan dikenali sebagai seorang selebriti yang amat menitik beratkan penampilan diri....

Kerajaan Tidak Akan Semak...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan menyemak semula Bajet 2016 yang dibentangkan baru-baru...

SPRM Tahan Kakitangan Pejabat Belia Dan Sukan

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan seorang kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Pahang bagi membantu siasatan dakwaan pecah amanah kutipan sewa.

Pengarah SPRM Pahang Mohamad Fauzi Husin berkata suspek yang berusia 34 ditahan di pejabatnya di Cameron Highlands pada pagi ini.

“Suspek dipercayai melakukan pecah amanah RM2,250 yang merupakan kutipan sewa Dewan Kompleks Rakan Muda daerah Bera daripada sebuah syarikat perabot untuk tujuan pameran dan jualan.

“Kejadian dipercayai berlaku sekitar Februari dan Mac 2017, semasa suspek berkhidmat di Bera,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad Fauzi berkata siasatan pada awalnya dijalankan atas dakwaaan suspek menggunakan jawatannya untuk menerima rasuah, namun SPRM mendapati berlaku unsur pecah amanah dalam kes tersebut.


Beliau menambah tangkapan dibuat mengikut Akta SPRM 2009 dan suspek berkemungkinan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan pada esok bagi tujuan pendakwaan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

Kategori