Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Sony Pictures ‘U-Turn’ Tayang...

LOS ANGELES – Selepas teruk dikritik dunia hiburan Hollywood termasuk Presiden Amerika Syarikat...

DAP P.Pinang Perlu Jelaskan...

CYBERJAYA – Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan...

Petinju Negara Akan Jalani...

JOHOR BAHRU - Petinju profesional negara Muhamad Farkhan Haron yang menjuarai Majlis Tinju...

Kehilangan Tidak Mungkin Dapat...

KOMPOSER dan penulis lirik terkenal tanah air Datuk Adnan Abu Hassan, 57; kembali ke...

Status Petugas Kontrak RTM Akan Diketahui Dalam Masa Terdekat

KUALA LUMPUR – Kemen­terian Komunikasi dan Multi­media sedang mengadakan perbincangan dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) berhubung kedudukan petugas berstatus kontrak.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata diharapkan keputusan berhubung permintaan agar kakitangan RTM diserapkan ke jawatan tetap itu akan dicapai dalam masa terdekat.

“Terima kasih. Perkara ini dalam perhatian saya. Senarai telahpun dikemukakan dan perbincangan antara RTM dan KKMM sedang dijalankan. Harap ada keputusan dalam masa terdekat,” katanya dalam catatan Twitter beliau hari ini, sebagai respons terhadap cadangan @wanpersis mengenai isu tersebut.

@wanpersis meminta jasa baik Gobind mempertimbangkan agar kakitangan kontrak di Jabatan Penyiaran Malaysia, RTM diserapkan ke status tetap berikutan kebanyakan kakitangan berstatus kontrak di RTM telah bekerja 10 tahun ke atas serta berpengalaman. – BERNAMA

Kategori