Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

4 Direman Bantu Siasatan...

PETALING JAYA - Mahkamah Majistret di sini, hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman...

Program ‘Buaian Gantung’ Usaha...

MARAN - Program 'Hammock Camping Gathering' (buaian gantung) dicadang agar dijadikan acara tahunan...

Pemergian Ng Kehilangan Besar...

SHAH ALAM - Pemergian Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong Eddie Ng Tien...

“Terima Kasih Ya Allah...

PELAKON jelita, Elfira Loy meluahkan rasa syukur kerana diberikan diberi peluang menjejak kaki...

Suami Isteri Dituduh Curi Pakaian Kedai Dobi Direman 4 Hari

KANGAR – Mahkamah Sesyen Kangar hari ini mengeluarkan perintah reman empat hari terhadap pasangan suami isteri yang didakwa mencuri pakaian di Kedai Dobi Washupp di pekan Simpang Empat di Arau, dekat sini pada 4 Nov lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Wari Kiew, perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen, Monica Joseph Gaisah ke atas pasangan terbabit yang masing-masing berumur 52 tahun (suami) dan 19 tahun untuk membantu siasatan.

Katanya penahanan pasangan itu susulan aduan seorang pengusaha kedai makan yang merupakan warga Thailand, Mahwee Duemalee setelah mendapati pakaian beliau yang dikeringkan di mesin basuh kedai tersebut hilang semasa hendak mengambilnya pada 3 petang, 4 Nov lepas.

“Setelah meneliti rakaman litar kamera tertutup (CCTV) kedai dobi tersebut, polis melancarkan ‘Ops Pintu’ dan memberkas pasangan terbabit di rumah mereka di Jalan Sungai Baru, Simpang Empat,kira-kira 4.40 petang semalam,” kata Wari kepada media di sini, hari ini.

Katanya polis menemui pakaian milik Mahwee yang didakwa dicuri bernilai kira-kira RM400 iaitu beberapa helai seluar lelaki dan seluar Jeans, baju T serta pakaian wanita di rumah pasangan terbabit. – BERNAMA

Kategori