Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tiba Masa Pengundi Dun...

KUALA NERUS - Sudah tiba masanya masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit...

Penganggur Terlepas Tali Gantung

KUALA TERENGGANU - Seorang penganggur terlepas hukuman gantung selepas pertuduhan ke atasnya dipinda...

Agensi Haji Didakwa Tipu...

PETALING JAYA - Seorang pemilik sebuah agensi pelancongan haji dan umrah mengaku tidak...

Zainal Abidin Harap Pahang...

KUCHING - Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan tetap menaruh harapan tinggi terhadap pasukannya...

Suami Isteri, Sepasang Kekasih Ditahan Edar Ganja

BALIK PULAU – Polis menahan sepasang suami isteri dan sepasang kekasih dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah dan merampas ganja bernilai RM70,320 dalam dua serbuan berasingan di Bayan Baru serta Sungai Nibong dekat sini pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Jefri Md. Zin berkata bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, sepasukan polis menyerbu sebuah rumah di Bayan Baru pada pukul 1.30 pagi dan menahan suami isteri berusia 25 tahun berkenaan.

“Pemeriksaan dalam rumah pasangan itu polis menemui satu ketulan mampat ganja di sebelum pemeriksaan lanjut dalam kereta jenis Honda City milik mereka di kawasan parkir kami merampas 10 lagi ketulan mampat ganja dalam bahagian but kenderaan tersebut.

“Anggaran dadah yang dirampas ialah sebanyak 10.3 kilogram (kg) dan harga pasaran RM20,800,”katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya susulan penahanan itu, polis menyerbu sebuah hotel di Sungai Nibong pada pukul 4.15 pagi dan menahan sepasang kekasih berusia 19 serta 20 tahun yang menyewa bilik di situ.

Jefri berkata pemeriksaan ke atas mereka dan bilik hotel itu tidak menemui apa-apa namun pemeriksaan lanjut dalam kereta jenis BMW milik lelaki yang ditahan berkenaan polis merampas 18 ketulan mampat ganja seberat 18kg bernilai RM49,520.

Katanya siasatan awal mendapati empat orang itu terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah sejak tiga bulan lepas dan mereka memasarkan ganja yang diperolehi daripada sindiket di sekitar bahagin pulau negeri ini.


Semua ganja yang dirampas daripada mereka yang tidak bekerja itu boleh digunakan kira-kira 56,000 penagih, katanya.

“Polis turut merampas wang tunai sebanyak RM2,500 dan sebuah kereta jenis Mazda serta motosikal Yamaha LC daripada mereka.Semuanya bernilai RM45,500,”katanya.

Beliau berkata semua mereka direman selama lima hari dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Kategori