Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Polis Buru Lelaki Indonesia...

TASEK GELUGOR - Polis sedang mengesan seorang lelaki Indonesia bagi membantu siasatan berhubung...

Sultan Johor Berkenan Tunku...

JOHOR BAHRU : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan supaya Tunku Ismail...

Ugut Lelaki Guna Parang,...

KUALA LUMPUR - Seorang pengerusi penduduk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di...

Sasar Jualan 2,000 Unit...

SHAH ALAM - Honda Malaysia Sdn. Bhd. menyasarkan jualan 2,000 unit sebulan bagi...

Suami Rogol Isteri: Waspada Jarum Liberal

KUALA LUMPUR – Tindakan pihak tertentu membangkitkan isu ‘rogol dalam perkahwinan’ baru-baru ini adalah satu lagi serangan secara halus keatas institusi agama Islam.

Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd. Salleh berkata, golongan liberal menjadikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai platform mereka untuk melakukan serangan itu.

“Kami tegaskan, tiada istilah tersebut dalam hukum syarak Islam. Tetapi ia rekayasa yang cuba menyerang umat Islam sendiri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nuridah berkata, golongan liberal sememangnya menjadikan isu penindasan bagi menyasarkan perasaan sentimen dan femenisme kaum wanita Islam.

Menurut beliau, pejuang liberal cuba mencetuskan bahawa setiap unsur paksaan antara suami dan isteri dikaitkan dengan nilai buruk dan jahat.

Kata beliau, golongan itu pada masa sama secara halus menanamkan segala perlakuan sukarela termasuk LGBT dan zina harus diperjuangkan dalam kalangan umat Islam.

“Inilah noda dosa yang cuba disuntik halalkan mereka menerusi agenda sedang dijaja momokkan ini dan mesti diwaspadai,” katanya.


Terang beliau, sebarang isu penindasan termasuk keganasan seksual antara suami isteri wajib ditentang dan ditangani, tetapi bukan secara salah dan tersirat serta mengesampingkan penyelesaian syarak.

Jelasnya, pasangan yang bermasalah harus diberi nasihat kaunseling, selain dibantu keperluan-keperluan berkaitan dan setiap keterlampauan harus dihadapkan ke laporan pendakwaan pihak berkuasa dan dibicarakan secara adil di mahkamah sebelum hukuman.

“Jangan kerana hasutan golongan Liberal menjadi masalah kian kusut dan umpama menyimbah petrol ke api yang marak.

“Kami menggesa pihak berkuasa agama memantau hal ini, selain peranan ahli keluarga untuk menjadi pendamai dan pengawal kejadian yang berlaku,” katanya. – Mynewshub.tv

Kategori