Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Katy Perry Dibayar RM107j...

BINTANG pop antarabangsa, Katy Perry dikhabarkan menerima bayaran AS$25 juta (RM107,325,000) hanya untuk...

Hadi Awang Bakal Dicabar...

PETALING JAYA - Seorang pemimpin kanan PAS meramalkan jawatan Presiden akan dipertandingkan pada...

Kilang Kereta Perisai Bakal...

KUANTAN - Sebuah kilang kereta perisai bakal dibangunkan di Kawasan Perindustrian Padang Tengku...

Guna Pekerja Uji Latihan...

TOKYO - Syarikat kereta api Jepun mempertahankan latihan keselamatannya yang memerlukan pekerja duduk...

Subsidi Petrol: Keputusan Yang Ditunggu Rakyat

SEREMBAN – Keputusan kerajaan memberikan subsidi kepada pemilik kenderaan berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah merupakan langkah yang ditunggu-tunggu kebanyakan rakyat.

Beberapa individu yang ditemui Bernama menyifatkan langkah itu wajar bagi mengurangkan kos sara hidup yang ditanggung rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah.​​​​​​​

Penjawat awam, Mohd Farhan Mohd Salleh, 27, berkata pengumuman itu meskipun akan dilaksanakan pada tahun hadapan, namun sekurang-kurangnya ia membuktikan komitmen kerajaan untuk terus membantu meringankan beban yang dihadapi kebanyakan rakyat.

Peniaga Herizal Amriz Ismat Alang, 35, pula berharap sistem subsidi dilakukan kerajaan dapat dilaksanakan secara telus dengan mengambil kira mereka yang benar-benar layak menerimanya.

Pekerja swasta, Ahmad Kamil Abdullah, 40, yang menyokong langkah itu pula turut mencadangkan agar subsidi petrol turut diperluaskan kepada motosikal berkapasiti enjin 135 cc hingga 150 cc yang menurutnya turut ramai digunakan masyarakat untuk kegunaan harian.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 yang bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ di Dewan Rakyat hari ini berkata Pakatan Harapan melalui manifestonya telah berjanji untuk memberi subsidi minyak secara bersasar kepada pemilik kereta persendirian dengan kapasiti enjin 1,300cc dan ke bawah atau pemilik motosikal 125cc dan ke bawah.


Atas rasa keprihatinan, kerajaan menurut Lim telah memutuskan untuk menambahbaik janji tersebut dengan memberi subsidi kepada pihak memiliki sebuah kereta sahaja yang berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.

Melalui mekanisme ini, kerajaan akan memberi subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal.

Mekanisme baharu ini dijangka bermula pada suku kedua 2019 melibatkan peruntukkan sebanyak RM2 bilion dan dijangka memanfaatkan seramai empat juta pemilik kenderaan dan 2.6 juta pemilik motosikal. – BERNAMA

Kategori