Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Serbuk Putih Dihantar Ke...

PUTRAJAYA - Polis pada Sabtu mengesahkan serbuk putih yang disyaki berbahaya dan dihantar...

Minyak Masak Kitar Semula...

KUALA LUMPUR - Penggunaan minyak masak kitar semula berisiko menyebabkan penyakit serius seperti...

M.Nasir Dianugerah Ijazah Kehormat...

IKON muzik, Datuk M.Nasir telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan...

Video Misteri, Penghadang Masjid...

JEMAAH Masjid Jamek Tedong, Melaka digemparkan dengan rakaman CCTV kejadian aneh, dua penghadang kayu...

Kekal Subsidi Ubat, Konsultasi Pesakit Luar Di Premis KKM

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) beri jaminan subsidi ubat dan konsultasi bagi pesakit luar di klinik dan hospital kerajaan diteruskan dan kadar dikenakan kekal RM1 meskipun Skim Peduli Kesihatan B40 dilaksanakan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata bayaran RM5 juga dikekalkan untuk pesakit yang berjumpa doktor pakar.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini, Dr Dzulkefly menegaskan tiada istilah ubat ‘kelas kedua’ bagi ubat-ubatan generik yang telah didaftarkan melalui kajian ‘bioequivalence’ dan ‘availability’ kerana ia mempunyai kualiti dan keberkesanan ubat inovator.

Sementara itu, beliau berkata Kementerian Kesihatan kini dalam peringkat awal penyediaan kertas cadangan mekanisme pelaksanaan kawalan harga ubat-ubatan melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 sedia ada di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

“Mekanisme kawalan yang dicadangkan ialah harga jualan siling kepada pengguna di semua saluran pendispensan yang dilihat paling sesuai untuk dilaksanakan dan selari dengan amalan antarabangsa,” katanya menjawab soalan Charles Anthony Santiago (PH-Klang).

Menurut Dr Dzulkefly, langkah itu secara tidak langsung dapat menyelaraskan harga ubat dan memastikan akses ubat-ubatan yang mampu milik kepada rakyat.

Katanya kementerian itu juga mengambil kira kepentingan semua pihak terlibat dalam memperincikan mekanisme kawalan harga ubat-ubatan yang akan dilaksanakan kelak.


Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata kementerian sentiasa menggalakkan usaha untuk menggunakan ubat generik yang mampu milik dengan memberi keutamaan kepada ubat generik tempatan dalam perolehan ubat-ubatan bagi sektor awam.

Perolehan ubat-ubatan di Kementerian Kesihatan juga dibuat secara tender terbuka dan berpandukan kepada undang–undang dan peraturan perolehan kerajaan yang berkuat kuasa.

Dzulkefly berkata pada 2017, peratus perolehan ubat generik berbanding inovator adalah sebanyak 53.6% dengan nilai perolehan RM1,311.8 juta.

Katanya daripada jumlah itu, 50.3% merupakan ubat generik buatan tempatan. – BERNAMA

Kategori