Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pemimpin Tertua Dan Termuda...

VIENNA - Pertemuan dua hala Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Canselor Republik Austria,...

M40 Boleh Mohon MySalam...

PUTRAJAYA - Golongan isi rumah berpendapatan kurang RM100,000 (M40) berumur antara 18 hingga...

Mangsa Jatuh Kapal Dibaham...

SRI AMAN : Mayat pekerja warga Myanmar yang hilang setelah terjatuh dari kapal...

PKRM Sedia Promosi i-Suri...

PUTRAJAYA - Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM) berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri...

Sultan Johor Serah Surat Tawaran Pemohon RIBJ

JOHOR BAHRU – Tiga puluh dua pemohon Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) melahirkan rasa kesyukuran kerana menjadi penerima terawal surat tawaran projek rumah berkenaan, di sini hari ini.

Lebih menggembirakan ‘khabar baik’ itu disampaikan sendiri oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang berkenan hadir dan memberikan surat tawaran kepada kesemua 32 penerima yang terpilih.

Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata 71 pemohon telah terpilih untuk ditawarkan RIBJ.

“Walau bagaimanapun, pada majlis hari ini seramai 32 orang sahaja akan menerima sijil tawaran RIBJ manakala bakinya akan diserahkan kemudian dalam fasa pemilihan yang selanjutnya,” kata beliau ketika berucap di majlis berkenaan.

Johor Corporation (JCorp) melalui syarikat Kumpulannya, Johor Land Bhd (JLand) telah diamanahkan untuk membina RIBJ dalam dua kawasan pembangunan iaitu di Bandar Dato’ Onn dan Bandar Baru Majidee.

Projek RIBJ di Bandar Dato’ Onn melibatkan pembinaan sebanyak 488 unit sejak Julai lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020 manakala RIBJ di Bandar Baru Majidee menyaksikan pembinaan 320 unit pangsapuri tiga bilik, yang dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun hadapan.

Projek RIBJ di Bandar Dato’ Onn melibatkan pembinaan rumah sesebuah dua tingkat Jenis A sebanyak 29 unit, rumah berkembar dua tingkat Jenis B (156 unit), rumah kluster dua tingkat jenis C (100 unit) dan rumah teres dua tingkat Jenis D (203 unit).


Sementara itu, salah seorang penerima surat tawaran RIBJ, Ahmad Yazid Sumisuan berkata dia berasa bertuah kerana dipilih daripada 350,000 pemohon yang mendaftar.

“Alhamdulillah, saya berasa sangat gembira kerana tidak sangka pula boleh dapat tawaran rumah ini daripada 350,000 pemohon yang mendaftar,” kata pemuda berusia 35 tahun itu.

Penerima lain, Ahmad Aizam Ahmad Khairi pula berterima kasih kepada Sultan Johor dan YSIJ kerana memberi peluang memiliki rumah sendiri.

“Alhamdulillah saya bersyukur dapat rumah ini, dengan keadaan ekonomi sekarang saya rasa sangat bertuah dapat rumah ini,” lelaki berusia 36 tahun itu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar negeri Dzulkefly Ahmad. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • RIBJ

Kategori