Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Polis Larang Letak Kenderaan...

IPOH - Polis menasihati orang ramai yang mahu bercuti di sini supaya tidak...

Himpit: PH Terengganu Lapor...

PH Terengganu membuat laporan polis berhubung perarakan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit 2023)...

SEGERA: 3 Dipercayai Tertimbus...

KUALA LUMPUR - Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) memaklumkan satu kemalangan telah...

Malaysia Antara 29 Negara...

BANGKOK - Latihan ketenteraan terbesar di Asia Pasifik, Cobra Gold kembali pada membuka...

Sultan Perak Sampai Pingat Kepada 296 Penerima

KUALA KANGSAR – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke istiadat penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Perak bersempena Ulang Tahun ke-62 Keputeraan baginda di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Sultan Nazrin berkenan menganugerahkan darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Perak kepada 296 penerima hari ini, manakala 18 penerima telah menerimanya pada istiadat berkenaan Sabtu lepas.

Berangkat pada istiadat itu, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah, Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Pada istiadat penganugerahan kali ini, seramai 29 pegawai dan pemain skuad The Bos Gaurus menerima pingat daripada baginda selepas pasukan itu berjaya meraih Piala Malaysia pada 27 Okt lalu.

Ketua jurulatih, Mehmet Durakovic menerima Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP) manakala 28 pegawai dan pemain menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Pegawai dan pemain yang menerima PJK ialah Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri; Amirul Azhan Aznan; Brendan Gan Seng Ling; Gilmar Jose Da Silva; Hamizul Izaidi Zulkifli; Kenny Pallarj; Khairul Amri Salehuddin; Khairul Asyraf Sahizah dan Leandro Dos Santos.

Turut menerima pingat berkenaan ialah Mohamad Idris Ahmad; Mohammad Nasrullah Abdul Aziz; Mohd Hafiz Kamal; Mohd Nazrin Mohd Nawi; Mohd Nizad Ayob; Mohd Nor Hakim Hassan; Mohd Rafiuddin Roddin.


Sultan Nazrin turut berkenan mengurniakan pingat kepada Muhammad Firdaus Saiyadi; Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy; Rafiq Faezz Muhammad Fuad; Muhammad Rizal Che Aziz; Muhammad Syazwan Zaipol Bahari; Nazirul Naim Che Hashim; Roslan Khan Md Sharif; V. D Sam Pakiaraj; Shahrul Mohd Saad; K Shatiya; S. Vijay Babu dan Wander Luiz Junior.

Kesemua mereka antara 66 penerima AMP dan 109 penerima PJK.

Pada istiadat berkenaan, Sultan Nazrin berkenan menganugerahkan Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM) kepada enam individu.

Selain itu, 23 individu menerima Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP), 15 Darjah Ahli Paduka Cura Si Manja Kini (ACM), 72 Pingat Pekerti Terpilih (PPT) dan lima individu menerima Pingat Lama Perkhidmatan (PLP). – BERNAMA

Kategori