Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Budak ‘Kebal’ Bangun Semula...

RAKAMAN CCTV menunjukkan seorang budak lelaki dilanggar sebuah kereta ketika dia sedang mengikat...

Bekalan Makanan Cukup Untuk...

BERA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini, memberi jaminan bekalan...

Aliff Aziz Nikah Bella...

SETELAH sekian lama berteka-teki tarikh pernikahannya, penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz akhirnya mengumumkan...

VIDEO : Tengah Sedap-Sedap...

Suasana tenang di sebuah restoran makanan segera bertukar menjadi kecoh apabila salah seorang...

Sultan Selangor Lancar Pameran Lukisan Masjid

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melancarkan pameran seni lukisan bertajuk ‘Inspirasi – Imaginasi – Interpretasi: Masjid-Masjid di Malaysia’ di Muzium Kesenian Islam Malaysia di sini hari ini.

Turut berangkat ke majlis berkenaan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Keberangkatan tiba pasangan diraja itu disambut Presiden Persatuan Suara Keamanan, Hati Nurani dan Kebolehan Menaakul (PCORE), Datuk Halimah Mohd Said dan Ketua Jabatan Kurator muzium, Dr Heba Nayel Barakat.

Pameran bermula semalam hingga 11 Disember itu menampilkan hasil karya lebih 20 pelukis profesional dan amatur yang menzahirkan pemahaman dan ekspresi seni mereka terhadap seni bina masjid di Malaysia.

Menurut Halimah, kepelbagaian reka bentuk masjid harus diangkat dan diluahkan dalam bentuk lukisan supaya masyarakat dapat melihat masjid sebagai satu tempat komuniti dan bukan untuk beribadah semata-mata.


“Saya harap masyarakat dapat menghayati keindahan dan nilai estetik yang terdapat menerusi seni bina masjid pada pameran ini terutama generasi muda, ” katanya yang turut mempamerkan enam hasil karya lukisannya pada pameran itu.

Karya seni yang dipamerkan akan turut dijual dan sebahagian hasil jualan akan digunakan untuk tujuan kebajikan.

Selain Muzium Kesenian Islam Malaysia, pameran yang dibawakan khas oleh PCORE itu turut mendapat sokongan Yayasan Albukhary dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. – BERNAMA

Kategori