Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Selagi Ada DAP, Selagi...

SESIAPA saja pasti akan melakukan bantahan dan meluahkan ketidakpuasan hati mereka sekiranya agama,...

‘Derhaka Ke Isteri Tak...

TANYALAH pada mana-mana wanita yang sudah bergelar isteri, pasti tiada seorang pun yang...

Tam Suka Kopi O,...

ALOR SETAR - Kebiasaan makanan lembu adalah rumput atau dedak, namun bagi seekor...

Kajian Menunjukkan Anda Lebih...

DI ZAMAN ini, Facebook merupakan laman kedua paling popular penggunaannya di Internet selepas...

Sultanah Terengganu Mahu UMT Banyakkan Penyelidikan Bantu Komuniti

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) disaran supaya melaksanakan lebih banyak penyelidikan dalam bidang perikanan bagi membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat khususnya komuniti nelayan.

Canselor UMT, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah bertitah sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang mempelopori bidang marin dan akuakultur di negara ini, UMT perlu menggunakan segenap kepakaran yang ada bukan sahaja untuk menyebarkan ilmu kepada golongan pelajar malah memberi sumbangan kepada masyarakat setempat.

Ia bertepatan dengan slogan universiti sendiri iaitu ‘Terokaan Seluas Lautan Demi Kelestarian Sejagat’ yang jelas memfokus kepada pembangunan dalam bidang marin untuk kesejahteraan umat.

 

“Beta berharap pihak pengurusan universiti akan meneruskan usaha penyelidikan seperti dalam konservasi makanan bagi membantu komuniti nelayan meningkatkan taraf hidup mereka.

“Selain itu, usaha-usaha juga perlu digiatkan untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran marin kalangan nelayan supaya kepupusan marin tidak berlaku,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan Majlis Konvokesyen UMT Ke-16 di Dewan Sultan Mizan, di sini, hari ini.

Teks ucapan titah baginda dibacakan oleh Pro Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman.


Turut hadir, Naib Canselor UMT, Datuk Prof Dr Nor Aieni Mokhtar.

Pada majlis itu, Samsudin turut menyampaikan anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains kepada Tan Sri Dr Ahmad Zaharuddin Idrus dan Ijazah Kehormat Ijazah Pengurusan kepada Salihin Abang.

Selain itu, baginda turut menasihatkan UMT supaya menjalin kerjasama yang lebih erat dengan kerajaan negeri bagi merangka program-program yang dapat memanfaatkan rakyat jelata.

“Beta juga mahu UMT dapat bergerak bersama-sama rakan penyelidik negara Asia Tenggara dan antarabangsa bagi memperkasa lagi imej universiti,” titah baginda. – BERNAMA

Kategori