Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hospital Kerajaan Perlu 16,000...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 16,000 lagi katil diperlukan di hospital kerajaan di seluruh...

Kerajaan Kaji Naikkan Harga...

ROMPIN - Kerajaan sedang mengkaji cadangan untuk meningkatkan harga lantai getah yang ketika...

Juruelektrik Tak Mengaku Rogol...

Muar : "Tuan, boleh minta tolong? RM8,000 (wang ikat jamin) boleh kurangkan lagi...

Anjing Pengesan Kenalpasti Lokasi...

GEORGE TOWN - Pasukan Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia...

Syed Hussein Fail Saman Pemula Presiden DPMM

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Seri Syed Hussein Alhabshee dan 17 lagi memfailkan saman pemula terhadap presiden, setiausaha agung dan DPMM bagi memohon perintah supaya diadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) berhubung wang berjumlah RM5 juta yang diperuntukkan oleh Pejabat Perdana Menteri kepada persatuan itu.

Syed Hussein dan 17 yang lain selaku plaintif memfailkan saman pemula itu pada 13 September lepas menerusi Tetuan Thomas Philip di Mahkamah Tinggi di sini dan menamakan Presiden DPMM, Rizal Faris Mohideen Abdul Kadir, Setiausaha Agung persatuan itu Don Nazwin Don Wahab dan DPMM sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Plaintif mendakwa pada atau sekitar Mei 2018, didapati Rizal Faris Mohideen menyebabkan penggunaan wang RM5 juta yang diperuntukkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) kepada DPMM, tetapi jumlah itu tidak didepositkan ke dalam akaun DPMM sebaliknya dipindahkan kepada Yayasan DPMM Pulau Pinang Berhad tanpa kebenaran Majlis Eksekutif persatuan itu.

Selain itu, sejumlah RM1 juta dikredit kepada DPMM daripada suatu syarikat dikenali sebagai ‘Redberry’ dan defendan pertama membuat keputusan untuk menggunakan wang itu untuk kempen pilihan raya tanpa kebenaran Majlis Eksekutif DPMM.

Berhubung penjualan harta yang dimiliki DPMM di Bukit Damansara, persatuan itu memperolehi RM11.6 juta dan sebanyak RM5.6 juta sepatutnya dibayar kepada DPMM, bagaimanapun setakat ini terdapat hanya RM200,000 sahaja, manakala RM5.4 juta digunakan untuk kempen pilihan raya ke-14 tanpa kebenaran Majlis Eksekutif DPMM.

Plaintif mendakwa defendan pertama gagal memberikan sebarang penjelasan yang munasabah walaupun disoal tentang penyalahgunaan dan/atau pengendalian salah dana DPMM semasa mesyuarat eksekutif itu.


Sementara itu, suatu AGM untuk DPMM Negeri hendaklah diadakan sekali setahun pada atau sebelum 30 April dan berdasarkan nasihat defendan pertama, suatu resolusi diluluskan bahawa DPMM Negeri berhak mengadakan AGM masing-masing paling lewat pada atau 30 September 2018, manakala AGM untuk DPMM boleh ditangguh sehingga November 2018.

Plaintif berkata semua DPMM Negeri sudah mengadakan AGM masing-masing, dan wakil untuk semua DPMM Negeri berhak untuk mengundi semasa EGM itu.

Dalam saman berkenaan, kesemua plaintif memohon suatu perintah bahawa plaintif pertama iaitu Syed Hussein sebagai timbalan presiden DPMM mempengerusikan EGM dan ahli-ahli DPMM negeri berhak untuk mengundi semasa mesyuarat berkenaan menurut klausa 22 perlembagaan itu.

Menurut klausa 21.1.2 perlembagaan tersebut, mesyuarat agung tahunan (AGM) DPMM perlu diadakan sekali setahun pada atau sebelum 30 Jun, bagaimanapun sehingga hari ini persatuan itu masih belum mengadakan AGM bagi tahun 2018. – BERNAMA

Kategori